Showing posts with label MOF. Show all posts
Showing posts with label MOF. Show all posts

27 October 2009

Peristiwa tragis kepada bos aku dan keluarganya

26 Oktober merupakan peristiwa paling tragis buat En.Zawawi dan keluarganya kerana isteri, 2 orang anak dan seorang cucunya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan ngeri yang telah berlaku di Putrajaya. Semoga En. Zawawi tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini. Kami diofis tidak putus2 meluahkan rasa simpati dan kasihan kepada En. Wi. Masing2 turut sedih dengan peristiwa itu.

Pada pukul 9.15 aku dan teman2 ofis menziarahi En.Wi di rumahnya di Desa Pinggiran Putra. Sampai aje di rumahnya kelihatan ramai orang yang datang menziarahi dan mengucapkan takziah. Suasana begitu sepi dan sedih. Tak putus2 orang datang menziarah. Aku lihat En.Wi sibuk dok melayan tetamu yang hadir. Kelihatan tenang aje... tetapi dalam hatinya hanya Tuhan aje yang tahu. Semasa hendak balik kami semua mengucapkan tahziah kepada En.Wi dan aku juga sampaikan salam hubby dan ucapan tahziah pada En. Wi. Masa tu aku rasa nak menitiskan air mata melihat En.Wi yang tersekat2 menahan sebak didada. Semoga Allah tabahkan hati En.Wi dan anak2nya.

Buat semua berhati2 la semasa dijalan raya dan memandu lah dengan berhemah.

23 October 2009

Bajet 2010

Hari ni pembentangan bajet 2010... semua penjawat awam dok tertunggu2 pengumuman tentang bonus sama ada dapat atau tidak. Aku dapat tahu awal lagi bahawa semua penjawat awam gred 41 hingga 54 akan mendapat RM500 sahaje untuk bonus kali ini. Aku beritahu pada hubby... hubby cakap alah banyak tu aje... aku cakap takpa la at least dapat jugak. Kalau macam aku ni nama je keje Kerajaan tapi tak dapat sebab contract for service. Syukur aje la...

Petang bawa ma dan yang lain2 makan di BBB Tom Yam.

19 May 2009

Apa cite hari niii...?

Pagi ni rasa sakit perut lepas makan nasi lemak yang aku beli dekat Bank Islam, Bangi. Nasinya sedap dan sambalnya tak laaa... pedas sangat tapi aku dan Ain sakit perut lepas makan... kami berdua dok berulang ke toilet je pagi ni. Pagi ni ada Roadshow MAS di MOF ni tapi aku sebagai pegawai kontrak tak layak dapat semua kelebihan tuuu... takpa laaa... Chattinggggg...