Showing posts with label Persekolahan Aqil. Show all posts
Showing posts with label Persekolahan Aqil. Show all posts

24 April 2010

Last day Aqil di SRKBBB

Hari ini merupakan hari terakhir Aqil bersekolah. Aqil ok je, mamanya pulak rasa sedih sebab Aqil akan berhenti sekolah sebab nak ikut papa ke Adelaide. Maybe Aqil rasa sedih jugak tapi dia tak pandai nak tunjukkan.


Pakaian untuk hari Jumaat, hensem anak mama siap bersampin.

Ini gambar masa awal tahun 2 iaitu masa rehat... berbaris nak masuk ke kelas.

First day Aqil ke sekolah tahun 2. Papa takde, kalau tidak mesti papa datang hantar sama.

Tinggallah kenangan SRKBBB...

Kawan2 lelaki... antara yang mama kenal Sufian, Iman, Adam (yang selalu pow makanan Aqil), Helmi, Daniel... yang lain mama tak tahu la nama mereka.

Kawan2 perempuan.

Aqil bersama2 Cikgu & kawan2 sekelas.

Cikgu Zuraidah serahkan surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen.

Yaya pun nak kolah jugak...

Kawan2 Aqil dalam kelas 2 Cekal.

Best friend Aqil... Sufian.

Last day Aqil duduk di meja & kelas ni... Aqil pasti merinduinya.


Yaya sempat posing depan SRKBBB.

Hadiah untuk Cikgu Zuraidah... terima kasih Cikgu.

Hadiah Aqil kepada kawan2 sekelasnya.

Takpa kalau Aqil rindu pada kawan2 Aqil... masa balik Bangi kite datang melawat mereka.

22 April 2010

Hari2 terakhir Aqil di sekolah

Hari ini hari terakhir Aqil bersekolah sebelum kami bertolak ke Adelaide. Setahun lebih aje Aqil sempat bersekolah di sini. Sempena hari terakhir Aqil, Zie dan hubby ke sekolah untuk menghantar buku teks, mengambil dokumen persekolah Aqil, mengambil gambar Aqil dengan kawan2 sekelasnya dan memberi sedikit hadiah buat mereka.

Ini cikgu kelas 2C, namanya Zuraidah... terima kasih sebab mangajar Aqil. Hari ini cikgu Zuraidah bagi semua dokumen2 penting tentang persekolahan Aqil.

Aqil bagi hadiah untuk cikgunya tanda terima kasih sebab mendidik Aqil selama ni...

Tidak lupa jugak untuk kawan2 sekelas Aqil... terimalah hadiah yang tak seberapa ini tanda persahabatan selama ni dari Aqil.

Aqil dengan kawan rapatnya Sufian... pasti Aqil merindui Sufian lepas ni.


Bagi Aqil dia mesti tak rasa sedih sangat sebab nak berhenti sekolah dan berpisah dengan kawan2nya. Tapi Zie pulak yang rasa sedih sebab Aqil nak berhenti... memang sensitif sikit mama Aqil ni. Takpa lah Aqil yer nak buat macam mana kite terpaksa berkorban kejap untuk ikut papa ke Adelaide... InsyaAllah ada rezeki kite boleh jumpa lagi kawan2 Aqil di sekolah ni.

03 February 2010

Ke sekolah Aqil

Hari ni aku ke sekolah Aqil untuk intai dia masa rehat sebab Aqil cakap ada seorang kawan dia nama Adam Haziq selalu rampas makanan dia. Aqil terpaksa kejar dia untuk ambik makanannya. Geramnya kalau selalu macam ni. Hari ni aku jumpa budak tu dan cakap pada dia elok2 " lain kali kalau nak makanan Aqil mintak elok2 dan jangan rampas je" dia cakap "ok". Aqil happy nampak aku ke sekoalh dia. Aqil tanya "kenapa mama datang sekolah Aqil dan tak cakap pada Aqil awal2". Aku saje tak cakap nak tengok keadaan macam mana. Harap2 lepas ni dia tak buat lagi la. Kalau buat lagi kena beritahu cikgu kelas Aqil la... Cikgu Zuraida Hassan.

05 January 2010

Aqil dah tahun 2, mama doakan anak mama rajin belajar dan berjaya.



Aqil mula bersekolah pada 4 Januari (sama dengan tarikh besday aku). Itu yang membuat aku terkejar2 dari ofis yang sebelum itu ada surprise besday dari hubby (Ain yang jadi besday plannernya). Kemudian terus balik rumah ambil Aqil untuk ke sekolah. Memang penat rasa, kalau hubby ada mesti semua senang. Takpa la aku terpaksa berkorban untuk kebahagian kami bersama. Yaya biase lah nak mengikut sama. Dalam kete Yaya duduk tak diam... masa aku break kete... Yaya terantuk... nasib baik Yaya nangis kejap je. Jalan memang jam masa nak ke sekolah Aqil tu. Kami sampai lewat iaitu dalam pukul 1.20 petang. Takpa hari mula2 cikgu tak marah lagi. Aqil ceria dan bersemangat nak ke sekolah. Aqil masuk kelas 2 Cekal. Aku hantar Aqil, tunggu kejap dan kemudian balik rumah. Aku half day hari ni. Masa rehat aku datang balik tengok keadaan Aqil macam mana... aku tunggu sampai jam 5 lebih kurang. Aqil nampak ok dan suka.

04 January 2010

Pendaftaran sekolah Aqil masuk tahun 2

Hari Sabtu baru2 ni pagi2 lagi aku dan anak2 ke sekolah Aqil untuk pendaftaran sekolah Aqil. Aqil dah masuk tahun 2. Aqil di tempatkan dalam kelas 2 Cekal. Dah besar anak mama. Nama guru kelas Aqil ialah Puan Zuraidah. Harapan dan doa aku agar Aqil rajin ke sekolah, rajin belajar dan berjaya dengan cemerlang. Selepas daftar kami terus balik rumah.

06 November 2009

Rehat aku balik rumah

Hari ni masa rehat aku balik ke rumah untuk mengajar Aqil subjek Sains dan Agama dari soalan yang Ila bagi pada aku. Yaya macam biase la nak ikut masa hantar Aqil ke sekolah dan kena beli ais krim sebelum hantar dia balik rumah, kalau tidak menangis nak ikut aku pergi keje. Semoga Aqil dapat menjawab soalan2 exam hari ini.

05 November 2009

Aqil exam hari ini

Mulai hari ini Khamis 5 Nov hingga Selasa 10 Nov 09 Aqil akan menghadapi exam akhir tahun. Aku doakan Aqil dapat menjawab soalan2 exam dengan baik dan betul. Semoga Aqil berjaya dengan cemerlang. Doa mama dan papa sentiasa mengiringi Aqil. Mama yakin Aqil akan berjaya sebab Aqil dah study tiap2 malam sejak sebulan ni. GOOD LUCK AQIL!!!

03 August 2009

Sukan Sekolah Al-Irsyad




















Hari ini sekolah agama Aqil mengadakan sukan tahunan, sukan tersebut diadakan dipadang SRK BBB Jalan 2. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Nasib baik hari ini cuaca mendung, jadi kanak2 dapat bermain dengan gembira. Yaya pun tumpang bermain sama2. Aqil menyertai acara lari berhalangan dan telah mendapat tempat pertama. Happy dia kerana dapat hadiah. Aku pun dapat hadiah cabutan bertuah.

28 June 2009

aktiviti hujung minggu

Sabtu - pagi aku dan Aqil ke sekolah Aqil kerana ada majlis mesra ibu bapa dengan penghuni SRK Jalan 2. Selepas jumpa guru kelas Aqil kami beli buku dan terus ke Mydin untuk beli barang dapur. Balik singgah kedai borong di Sg. Tangkas. Balik rumah Tie dan Ra sepupu hubby dah ada, dia orang datang dari Kelate. Tengahari kami makan laksa dan laksam yang di bawa dari kelate, kuah masak sendiri. Malam makan di kedai man.
Ahad - dok rumah je mengemas...