Showing posts with label My Hubby. Show all posts
Showing posts with label My Hubby. Show all posts

15 February 2010

Kepulangan abang




Hari yang dinanti2 telah tiba, hubby akan balik. Semalam kami ke KLIA untuk menjemput kepulangan hubby. Dalam pukul 6 petang kami bertolak ke KLIA. Aqil dan Yaya tak sabar2 menunggu papa. Flight hubby dari Adelaide tiba dalam pukul 7.51 malam. Hubby muncul di balai ketibaan lebih kurang jam 9.28 malam.

13 February 2010

Sehari lagi abang nak balik, seronoknyaaa...

Aku dan anak2 rasa happy sangat sebab hubby akan balik Ahad ni. Kami tak sabar nak jumpa abang. Kami akan jemput abang di KLIA. Semoga perjalanan abang selamat.

08 February 2010

Hubby balik 14 Februari ini



Happynya rasa sebab hubby beritahu akan balik 14 Feb ini. Aqil dan Yaya mesti suka sangat sebab papa dia orang akan balik. Semoga abang selamat dalam perjalanan dan selamat sampai rumah. Kami semua tak sabar menanti kepulangan abang.

15 October 2009

Hubby balik OZ hari ini

Pagi ni aku hantar hubby ke UKM, hubby ada seminar dan kena present paper. Dalam pukul 10/11 hubby akan balik rumah dan bersiap untuk bertolak ke airport. Macam mana agaknya keadaan Aqil dan Yaya masa papa mereka nak pergi nanti? tak sanggup aku nak tengok. Famili aku ada datang mungkin dapat mengurangkan perasaan sedih Aqil dan Yaya. Aku tak hantar hubby ke airport sebab hubby tak nak menyusahkan aku dan anak2, lagi pun hubby cakap ni bukannya first time dia ke sana. Hubby akan pergi airport dengan teksi abang Din. Aku tak dapat tunggu untuk menghantar hubby di rumah sebab ada kerja yang perlu diselesaikan hari ni dan aku takut Yaya menangis nak mengikut aku ke ofis pulak nanti.

Aku perasan hubby memang dah nampak sedih sejak 2/3 hari ni. Dia memang mudah tersentuh dan menangis terutamanya kalau melibatkan keluarga dan anak2. tambah2 lagi nak berpisah jauh. Hubby cakap rasa macam baru je balik dah nak pergi. Lebih kurang sebulan jugak hubby bercuti. Tapi apakan daya demi kerjaya dan masa depan kami hubby terpaksa meneruskan perjuangannya di oz. Semoga semuanya dipermudahkanNya dan selamat. Hubby akan balik mengambil kami selepas proposal PhDnya siap. Semoga perjalanan hubby selamat.

28 September 2009

Abang pulang








Yaya tergamam tengok papa ada depan mata "macam tak percaya je..."

Pada hari Jumaat 17 September abang sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 11 malam... kami tak sabar menanti kepulangan abang. Bunyi je kereta di depan rumah kami semua menuju ke pintu. Aqil dengan perasaan gembiranya menjerit " ye... ye... papa balik2" dan terus berlari keluar pagar memeluk papanya... terharu pulak aku tengoknya. Yaya pulak macam tergamam, dia sebut papa! papa!.. sampai aje papa depan pintu Yaya terus terdiam tak terkata apa2, dia dok perhatikan papanya, mungkin Yaya terkejut tiba2 papanya ada depan mata. Yaya mengambil masa yang lama jugak untuk mendekati papanya. Aku terkejut tengok abang sebab terlalu kurus... dah takde perut abang yang buncit tuuu... abang menangis kerana terlalu gembira. Aku pun sama rasa sedih bercampur gembira sebab lama berpisah.

Sampai2 je abang terus membahagi2kan barang2 yang dibelinya untuk kami dan sanak- sedara. Jiran2 yang rapat dengan kami pun datang berjumpa abang. Padahal hal dah nak dekat pukul 1 pagi masa tu. Jiran2 aku memang baik2. Lepas tu abang dan sepupunya masukkan barang2 yang hendak dibawa balik ke kampung ke dalam kereta.

Kami tido sekejap aje malam tu, dalam pukul 3.30 pagi kami dah bangun untuk bersahur dan dalam pukul 4 pagi kami bertolak balik kampung. Oooooo balik kampung! best je rasa... dalam perjalanan abang2 dok bercerite keadaan dan suasana di Adelaide. Kami berhenti sembahyang subuh di Raub. Aqil dan Yaya happy sangat sebab papa mereka ada sama untuk pulang ke kampung. Kami sampai di kampung jam 10.30 pagi. Happy dapat berjumpa ahli keluarga.

Petang kami semua pulang ke kampung arwah abah kerana majlis kenduri tahlil (hari ke 40 abah meninggal) diadakan di sana iaitu di rumah tempat abah menghembuskan nafasnya. Kalau ikutkan 15 September tetapi ma nak tunggu semua anak2 balik dulu. Jadi majlis diadakan hari itu. Wak seorang je takde hari tu. Semua sedara-mara ada. kemudian kami sembahyang terawih beramai2 (aku tak sebab dah beraya he3...). Selepas semua selesai kami pulang ke rumah masing2.