Showing posts with label Persiapan Balik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Balik Malaysia. Show all posts

10 January 2011

Banyak jugak...


Selepas mengemas semua barang2 masuk bag dan kotak rupa2nya banyak jugak barang yang kami kena bawak balik iaitu 3 kotak dan 3 bag. Selain tu 2 bagpack dan 1 bag kecik, bag spiderman tu... semua ni hand luggage. Lepas timbang masih kurang 10kg lagi untuk cukupkan 80kg... boleh la beli barang2 di Melbourne nanti, tapi nak beli apa yer?

Aku dah buat check list semua barang yang nak bawak balik. Harap2 takde yang tertinggal.

Sekali-sekala nak balik ni letih jugak mengemas... macam2 nak kena kemas termasuk la barang2 yang nak bawak balik, dalam rumah dan peti ais. Semua barang2 basah aku bagi pada kawan kalau tinggal lama2 nanti rosak pulakkan.

Harap2 semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya, Amin.


Ada lagi barang nak beli

Ada lagi barang yang orang pesan tak dibeli. Hari ni terpaksa ke TTree lagi. Aqil dan Yaya taknak ikut... mereka dok rumah Gina. Harap2 anak2 mama tak menyusahkan Untie Gina. Sampai2 di TT rupa2nya semua kedai tak buka lagi. Ahad jam 11 pagi baru bukak. Terpaksa la kami tunggu. Sementara menunggu tu aku tengok la apa2 yang patut. Lebih kurang 20 minit jugak menunggu.







Mujur ada barang yang aku nak di kedai ini... risau jugak kalau2 habis sebab orang dah mengharap tak sedap pulak kalau tak belikan.

Di sini pun kami masuk sebab nak beli barang orang pesan jugak. Memang hari ni shopping paling pantas beli je apa yang dah plan dan terus balik masak. First time jugak anak2 tak ikut... rasa pelik jugak sebab dah biase bawa Aqil dan Yaya. Lepas siap masak aku bawa makanan ke rumah Gina dan makan di situ. Aqil dan Yaya hepi je bermain. Risau jugak kalau Yaya menangis tapi dia main elok je. Lepas makan kami balik dan tinggalkan Aqil je di rumah Gina sebab Aqil nak tengok perlawanan soccer. Kami balik mengemas dan packing barang2 untuk bawa balik. Petang pergi ambik Aqil pulak... malam masih mengemasssss...

31 December 2010

Panasnya... apa nak buat yerk?


Hari ni cuaca memang panas dan dijangka sehingga 41 degree, huhuuuuuu... panasssss... memang tak boleh nak ke mana2. Kalau keluar rumah memang pengsan dibuatnya. Sedangkan dok dalam rumah pun dah terasa bahangnya, ini kan pulak kalau berada di luar rumah. Tapi aku keluar jugak kejap jenguk pokok kesom aku dan siramkannya, kesian je layu tak bermaya.



Kami terpaksa menggunakan portable aircond hari ni sebab cuaca panas sangat2. Nak bernafas pun macam susah je... tekak pun sentiasa rasa kering, kena sentiasa minum air. Memang tak tahan kalau hari2 panas macam ni. Nasib baik suhunya tak tentu... ada hari yang sejuk, ada hari yang panas biase2 je yang kami boleh tahan dan hari ni memang paling panas dan suhu paling tinggi sejak aku datang sini. Kalau hari2 cuaca panas macam ni mesti ada orang yang awal2 lagi nak balik Malaysia. Harap2 kami boleh bertahan dan sentiasa sihat.


Cuaca panas macam ni tak boleh nak ke mana2, jadi takde keje nak buat kami packing je la barang2 yang nak dibawa balik Malaysia nanti. Makin tak sabar rasanya nak balik Malaysia, tambah2 kalau cuaca panas terik macam ni. Banyak jugak barang yang nak dibawa balik, lebih kurang 3 bag dan 2 kotak. Hubby cakap banyak ni je boleh bawak balik, kalau banyak2 bag atau kotak susah nanti sebab kami akan ke Melbourne dulu sebelum balik Malaysia.