Showing posts with label Anniversary. Show all posts
Showing posts with label Anniversary. Show all posts

11 October 2011

Hadiah tertunda...

Thanks hubby sebab give me bag LC ni... kalau ikutkan anniversarynya dah lama. Masa tarikh sebenar hubby busy sangat so tak sempat nak beli apa2 macam biase, just wish aje. Ingatkan dah takde apa2 hadiah sempena anniversary tahun ni tapi Alhamdulillah dapat jugak... dah lah feveret kalor pulak tu... thanks hubby.

09 September 2011

Semoga kami bahagia buat selama-lamanya...

9 September 2001... bermulanya detik indah buat kita hubbyku tercinta. Terima kasih atas kasih sayang yang dihulurkan. Semoga ikatan perkahwinan kita yang telah terjalin selama 10 tahun ini tetap utuh hingga ke akhir hayat, dilimpahi rahmat, kesihatan, rezeki dan kebahagiaan buat selamanya.

Kat bawah ni gambar2 kenangan Zie dulu... sengaja nak tepek kat sini, at least ada jugak sebagai kenangan untuk kami.

Ni masa majlis petunangan... masa ni Zie tengah belajar lagi, buat Master di UKM. Kami bertunang setahun jugak lamanya. Banyak dugaan yer masa bertunang ni, nasib baik Zie kuat iman dan setia pada yang satu. Huhuu... muda belia lagi masa ni.

Ni masa majlis akad nikah... di masjid, dekat dengan rumah Zie... 'Aku terima nikahnya... bla... bla...'. Terharu sungguh masa ni, hepi bercampur sedih pun ada. Terro la hubby masa ni sekali lafaz je...

Tanda setuju... kena sains surat nikah masa ni.

Zie pun sama mesti la setujuuu... Ada tak sesiapa yang rasa pellik? biase orang bernikah pakai baju warna putih bersih atau krim. Tapi Zie pakai warna biru, tak pernah buat dek orang rasanya. Tu la masa ni tak pikir sangat pasal perkembangan fesyen, so pakai je la baju yang mana ada. Pikir2 balik macam pelik la pulak... tapi takpa yang penting kami tetap bahagia.

Ehem... ehem... masa ni kami dah disahkan sebagai suami isteri. Bahagia je rasa dapat bersama orang tercinta...

Majlis akad nikah diadakan pada malam 9.9.2001... esoknya kenduri...

Taraaaa... ni la gambar persandingan Zie bersama hubby, ada banyak peristiwa lucu masa ni tau (tak payah cite la buat malu je nanti hehehe...). Comel tak? Majlis kami biase2 je...

Baju pun 2 pasang je, tu pun jenuh dah rasa nak bergambar... letih sangat. Kalau ikutkan ada 5 pasang tapi 2 je kami pakai, dah tak larat nak bergambar... memang letih sungguh masa kenduri kawin ni sebab biase lah kan macam orang lain jugak sebelum kenduri macam 2 benda nak diuruskan. Macam mana Zie boleh pilih pakaian warna biru yer masa ni? Kalau ikutkan warna feveret Zie ialah merah. Takpa la yang penting semuanya selamat dan kami bahagia selalu.

Alhamdulillah setelah 10 tahun berkawin kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang sihat, soleh, pintar dan comel iaitu Aqil dan Amalia. Kehadiran mereka berdua menambahkan lagi kebahagian dan keceriaan dalam rumahtangga kami. Semoga famili Zie akan sentiasa dilimpahi dengan kebahagian dan kerahmatan dariNya buat selama-lamanya. Amin.

09 September 2010

10 Anniversary







9 September 2010 genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah di atas nikmat yang Tuhan berikan. Semoga Tuhan sentiasa memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga, panjangkan jodoh hingga ke anak cucu dan ke akhir hayat serta jauhi dari segala masalah.

Terima kasih kepada abang yang telah menjadi suami yang terbaik pada diri ini dan papa yang terbaik pada Aqil dan Yaya. Terima kasih kerana sudi melayan karenah Zie dan anak2 walaupun abang sibuk study. Maaf kiranya kami selalu menyusahkan atau sebagainya.

Hubby buat kejutan pada 7 September dengan membeli 5 kuntum bunga rose merah, coklat feveret dan handbag. Terima kasih banyak2 abang. Zie dan anak2 sayang abang.

09 September 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 9

Hari ini HaRi ULAnG TaHuN PeRKaHwinaN aku dan abang. Aku berkahwin pada 9.9.01. Kali ini ulang tahun yang ke-9. semoga rumahtangga kami bahagia, diberkati dan dirahmati Allah. Semoga kami bahagia hingga ke akhir hayat dan ke anak cucu.
Hari ini jugak hari ulangtahun perkahwinan ila dan pasangan & eg dan pasangan. semoga keluarga kami masing2 bahagia dan diberkati oleh Allah sokmo.

biase kami akan celebrate sama2, tapi hubby takde tahun niii... just wish je laaa...