Showing posts with label Picnic. Show all posts
Showing posts with label Picnic. Show all posts

26 January 2012

Mencari udara sejuk di tepi pantai...

Hari ini cuaca agak panas... suhu mencecah 39 degree, seharian dah kami berkurung di dalam rumah. Lewat petang kami ke Henley Beach bersama Surah dan Najwa famili. Tak sangka di pantai ni anginnya memang sejuk jika dibandingkan semasa kami di rumah. Patut lah orang2 OZ suka ke pantai time2 summer macam ni.




Aqil dan Amalia hepi dapat main air bersama kawan2 mereka... masing2 ceria aje. Time summer ni ok la nak mandi-manda di tepi pantai ni... kalau time winter huhhhh... nak cecah kaki dalam air pun tak sanggup rasanya. Ini pun sejuk jugak... Amalia sampai menggigil dan awal2 lagi dah berhenti taknak main air. Zie perasan Amalia tak suka main pantai dah... sebabnya dia tak suka pasir2 yang melekat pada kakinya. Bila ditanya nak datang mandi pantai lagi tak? terus jawab 'taknak sebab Yaya tak suka pasir... geli'. Ada pulak yang ikut mamanya ni nanti... Zie memang tak suka pantai... tak suka air yang berlengas dan pasir2 yang melekat. Sebab itu lah kalau ke pantai Zie suka tengok orang main air aje.

25 December 2011

Jalan2 di pantai...

Hari ini kami ke Grange Beach... memang dah lama tak ke pantai. Kami sengaja datang lewat petang sebab nak elak daripada panas. Orang tak ramai sebab hari ni Hari Krismas...

First time kami sampai di Grange Beach ni...

Malangnya berangin kuat sangat hari ni... terpaksa lah Zie berselindung disebalik tiang ni untuk elak daripada angin, memang tak tahan sejuk sangat.






Kami datang kejap aje sebab memang tak tahan, angin kuat betul petang ni... Kalau ikutkan Aqil dan Amalia tak puas lagi main air dan pasir kat pantai ni. Takpa lain kali kite datang lagi... tunggu cuaca ok, nanti tak pasal2 ada pulak yang demam.

27 March 2011

Sejuk2 pun tetap berpiknik...

Semenjak datang Adelaide kami tak kuar jalan mana2 pun... dok rumah je. Kalau GS tu biase la... Salah satu sebabnya cuaca agak sejuk dan Yaya selsema. Entah kenapa kali ni selsema Yaya agak lama, padahal ubat dah makan... ubat kat sini dan ubat yang dibawa dari Malaysia semua dah bagi, tapi tak sembuh2 jugak. Kebetulan minggu ni Gina nak ke Brighton, jadi kami pun join sama. Lepas ke Brighton kami berpiknik di Glenelg.

Macam biase kalau piknik kami bawa makanan masing2 dan makan sama2. Cuaca sejuk perut memang cepat rasa lapar. Walaupun makanannya tak seberapa tetapi disebabkan lapar, makanan yang dibawa tu kira ok la. At least terisi jugak perut yang lapar.

Lepas makan biase la Aqil mesti nak main bola sepak... tambah2 lagi kalau ada Danish yang sama2 meminati bola sepak. Hubby pun terpaksa melayan mereka bermain. Yaya pulak bermain dengan Ryan.

Boring main soccer mereka bermain footy pulak... siap main dengan member mat salleh lagi, entah macam mana budak ni boleh join Aqil dan Danish. Budak ni agak besar dan main pun macam ganas je... membuatkan Aqil dan Danish tak daya nak main dengan dia lama2.

Yaya hepi la kalau dapat melepas macam ni... maklum la lama dah tak kuar jalan2. Di mana jua berada Yaya mesti dengan gayanya yang tersendiri... kalau dilarang pun dia dah tak dengar masa ni, syok sangat siap guling2 lagi atas rumput ni... ala2 hindustan gitu.

Aktiviti wajib Yaya kalau ke sini... suka sangat bagi burung2 ni makan.

Sebenarnya Gina ajak kami ke sini sebab nak bawak kak Shiha dan anaknya ni kenal2 pantai Glenelg ni... Kak Shiha ni lecture UITM datang buat sabatikal di sini dan stay di rumah Gina. Alang2 dah datang sabatikal sambil2 tu berjalan la di Adelaide ni. Gina tak kesunyian dan kebosanan la 3 minggu ni sebab ada teman nak berborak siang dan malam. Secara tak langsung aku pun dapat kawan baru.

24 October 2010

Semaphore Beach

Sebelum kami balik kami singgah berpicnic di Semaphore Beach. Hepi Aqil dan Yaya dapat bermain di park dengan kawan2.














03 October 2010

Makan2 di Park

Lepas berjalan2 di Gorge Wildlife Park kami singgah piknik di park yang berdekatan. Masing2 dah kelaparan.

Sementara tunggu ayam BBQ siap dibakar Aqil dan Yaya bermain dengan kawan2 mereka. Bukan main seronok lagi coz seharian dapat bermain. Al-maklum la kalau dok rumah takde kawan nak ajak main. Papa la selalu jadi kawan Aqil masa nak main soccer di rumah atau di park.

Yaya seronok la ada kawan, kalau tidak hari biase dok main dengan mama je kan?

Kaum bapa sedang membakar ayam. Bagusnya di sini setiap park disediakan tempat untuk membakar. Senang la kalau sesiapa nak piknik sambil berBBQ. Just bawak makanan je. Tapi kena tengok keadaan cuaca jugak... kalau time winter memang tak selesa la. Musim spring ni memang mat salleh suka berBBQ.

Time to eat... aku just bawa nasi putih dengan kari ayam je...

Masing2 sedang menikmati makanan... makan cepat2 lepas ni nak ke tempat lain pulak.

Sekali-sekala piknik beramai2 macam ni seronok jugak. Lepas ni boleh la kite plan berjalan ke tempat lain pulak.