Showing posts with label Ragam anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Ragam anak-anak. Show all posts

12 August 2011

Durian oh durian...

Dah lama Aqil dan Amalia teringin sangat nak makan durian kat sini... tapi kami tak belikan sebab kat sini yang dijual hanya durian frozen, mesti tak sedap... Kalau ke Asian Groceries Amalia selalu tunjukkan dalam peti ada durian, tapi kami cakap durian tu bukan untuk dijual tapi untuk buat pameran aje... so Amalia terus ok. Kalau di Malaysia mau mengamuk kalau tak dibelikan... pernah sekali kami ke pasar malam Serdang masa balik Malaysia baru ni.... tak menyempat2 dia nak suruh beli durian... lepas beli senyum lebar la dia. Balik Malaysia baru ni kami sempat 2 kali jugak rasanya makan durian. Entah macam mana Aqil dan Amalia jadi suka sangat makan durian. Masa kecik2 dulu ingat lagi mula2 Zie tunjukkan pada Amalia isi durian... Amalia siap cakap macam tahi kucing (sory yer... kotor sikit). Tapi lepas suap dia rasa sedap kot, then terus suka dan boleh la diibaratkan sebagai 'hantu durian', pantang nampak... kalau nampak dalam tv atau buku pun dah bersorak, inikan pulak kalau dapat yang betul punya.

Durian ni kami beli di Coles... tak pernah2 ada jual durian, tengok2 hari ni ada pulak yang fresh, tu yang kami terus beli sebab kesian pada anak2 yang dah lama nak makan. Tahu tak berapa harga sebijik durian kat sini? Harganya memang boleh tahan mahalnya... ye la durian ni terpaksa naik flight nak ke sini tu yang mahal sangat kot... dan satu lagi susah nak dapat . Kami beli sebijik harganya $14+++, kalau convert duit kite lebih kurang RM45 sebijik fuhhhh... mahal betul. Tapi demi anak2 nak makan kena la belikan jugak.

Isinya boleh tahan jugak... lebih kurang macam durian bakok. Tapi kalau Zie, Zie lebih suka durian yang kecik2... teringat pulak kebun durian di kampung arwah abah, memang sedap sangat jenis duriannya. Tapi tak pasti sekarang ada lagi atau tak... kami pun jarang balik kampung masa musim durian... kalau nak makan pun kami beli di Bangi aje. Berlambak2 orang jual... Pernah sekali zaman study di UKM Zie dengan kawan2 rapat, termasuk felo kamsis tengah2 malam pergi makan durian yang dijual di tepi jalan dekat Shell Bangi, beli dan terus makan kat situ jugak... best2 kalau ingat kenangan tu. Memang hebat betul penangan raja buah ni.

Aqil hepi sangat lepas hubby tunjukkan durian ni, sampai berair mata sebab terharu sangat... Zie pun rasa sedih tengok. Betapa hepinya dia sebab dapat makan durian kat sini. Takpa la Aqil dah tak lama dah, balik Malaysia nanti kite makan puas2... lagi pun di Malaysia sekarang durian sentiasa ada, tak kira musim. Amalia pun sama... siap sayang nak makan risau cepat habis dan cakap 'makan satu je, yang lain simpan esok... nanti Yaya nak makan lagi'. Zie dan hubby jamah sikit je... biar la anak2 dapat makan puas2.

Dalam satu bijik, banyak ulas jugak dapat... Aqil suruh Zie buat pengat dan tempoyak kalau ada lebih. Ok nanti mama buatkan... Alhamdulillah akhirnya Aqil dan Amalia dapat merasa makan durian kat sini.

19 February 2011

finally... tercapai jugak hajat Aqil

Dah lama Aqil nak benda alah ni, apa lagi kalau bukan PSP... Papanya dah berjanji masa sebelum ke Adelaide lagi. Masa di Adelaide tak beli sebab mahal. Balik Malaysia ni baru la dibelikan oleh papanya. Ye la budak2 baya Aqil kebanyakannya ada PSP ni... Aqil pun nak la sama. Ini pun Aqil dah agak ketinggalan... kalau orang lain bukan setakat ada PSP, macam2 ada XBox, PS3, PS2, Nintendo, Wii dan macam2 lagi... aku pun tak reti sangat bab2 games ni. Sebelum ni Aqil dok main PS1 je... Takpa la Aqil ketinggalan benda macam ni takpa, bukannya penting sangat.

Disebabkan dah lama berjanji dengan Aqil hubby terpaksa la tunaikan janjinya dan bawak Aqil ke kedai games di Billion, KB ni. Bukan main seronok la tuan punya badan bila tahu papanya nak belikan PSP hari ni. Walaupun harganya R7xx terpaksa la belikan, kalau tidak Aqil asyik mintak je nanti. Dengan harga ini Aqil boleh upload 20 games. Pilih jangan tak pilih...

Aqil nak warna Red Worrior atau MU iaitu warna merah tapi takde... so terpaksa la beli warna ni.

Hepi la yer dah dapat apa yang diidamkan selama ini... nasib baik Yaya tak mengamuk nak jugak. Kalau tidak mesti kena beli yang warna pink satu, baru botak kepala papa hehehe... Yaya tak reti lagi...

Papa pun tak reti sangat nak guna benda alah ni... maklum la tak pernah main hayat hidup, so kena la tengok2 dulu caranya. Aqil pulak tak sabar2 nak main... banyak2 bersabar yer Aqil.

Dah ada PSP ni, timbul la masalah tak boleh berengang... di mana ada Aqil di situ la ada PSP. Ke mana sahaja Aqil pergi mesti dibawanya PSP ni... tak kira di mana dan masa bila, termasuk la masa makan. Itu la gunanya PSP kot ke mana sahaja boleh dibawa bersama.

Dalam flight pun sama... tapi bagus jugak yer... at least Aqil tak bosan. Kalau macam ni mama pun nak satu la... tapi taknak PSP nak Ipad satu boleh tak papa, hahaha...

Alhamdulillah papa dah belikan PSP ni untuk Aqil... thanks papa.

23 September 2010

Aqil dan Yaya love ice-cream

Winter dah sampai ke penghujungnya dan muncul la pulak spring. Cuaca dah tak berapa sejuk sangat dan suhu sudah mencecah kepada 20 degree. Mentari pun menyinar elok je.... So boleh la kami makan ais krim dalam keadaan cuaca macam ni. Apa lagi kalau ke kedai pantang la nampak ais krim terus nak beli je... kalau masa winter tak kuasa kami nak makan ais krim kecuali Yaya yang tak kira sejuk atau panas tetap nak makan ais krim.

Feveret kami anak beranak... yummy sedapnya.

Yaya lagi la memang pantang nampak ais krim. Sejak kecik lagi Yaya memang suka sangat makan ais krim. Kalau masa di Bangi dulu sebelum aku pergi kerja mesti kena bawak Yaya pergi Petronas dan tempat yang dia tuju ialah peti ais krim. Yaya tak kira waktu, pagi ke tengahari ke janji dia dapat makan ais krim.

Aqil pun suka jugak makan ais krim tapi tak la macam Yaya yang pantang nampak peti ais krim terus nak beli tanpa kira cuaca sejuk atau panas. Kalau ada Aqil makan dan kalau takde takpa.

Amboi sedapnyaaaaa... mama nak sikit. Kenyang rasa perut kalau habis sebatang ais krim magnum ni.

10 April 2010

Belanja ustazah makan di BBB Tom Yam





Malam ni malam last Aqil dan Yaya mengaji. Kami belanja ustazah makan di BBB Tom Yam. Terima kasih kami ucapkan kerana telah mengajar Aqil dan Yaya. Mintak maaf kalau Aqil dan Yaya selalu buat perangai. Doakan kejayaan Aqil dan Yaya dunia dan akhirat.

08 April 2010

Malam terakhir mengaji...

Bergambar kenangan bersama ustazah Rodiah sebelum Aqil berhenti mengaji sebelum kami ke Adelaide.

Yaya selalu nak baca mula2, kadang2 berebut2 masing2 nak baca dulu... nasib baik ustazahnya baik dan pandai memujuk.

Lepas mengaji selalunya Aqil belajar menulis dan membaca pulak.

Aqil biasenya siapkan homeworknya. Kalau Zie nak ajar mesti Yaya kacau... lepas ada ustazah ajar senang la sikit. Aqil pun rajin kalau ada kawan iaitu Nurin.

Yaya pun nak menulis jugak... bagus jugak at least Yaya pun boleh belajar selama ni. Terima kasih banyak2 ustazah sebab mengajar Aqil dan Yaya selama ni. Maaf kiranya ada sebarang masalah dan kesilapan dari kami yer...

Yaya nak jadi baby semula

Yaya nak jadi baby semula, tido atas pengenjut baby

13 January 2010

Yaya pun nak bertudung jugak



Setiap kali ada stok tudung baru Yaya mesti sibuk nak mencuba tudung2 tersebut. Aku nak ambik gambar dia tak nak "malu la Yaya" geram jeee...

29 July 2009

Layan anak-anak

Malam tadi bawa Aqil dan Yaya makan di McD BBB, happy dia orang dapat keluar. Yaya menangis sebelum Maghrib lagi nak pergi jalan2 dia cakap. Jadi terpaksa la bawa dia orang walaupun aku rasa penat dan sengugut (sikit2 je).

30 June 2009

Aqil ooo... Aqil

Ini kisah Aqil pulak sejak 2/3 hari ni dia tak bawa balik duit belanja. Aku bagi di RM1 untuk bawa pergi sekolah. Tapi sebelum2 ni Aqil akan bawa balik RM1 jugak sebab dia tak membeli di sekolah. Tapi sejak kebelakangan ni dia tak bawa balik duit tu. Aku tanya dia kata beli alatulis, ok la. Aku tengok ada pemadam dan pembaris dia beli. Tapi semalam tangan dia ada luka2, aku tanya... dia cakap dia jatuh masa orang dok tolak2. Tanya duit mana, dia kata ada budak darjah 3 mintak duit masa rehat, dia bagi la... aku rasa pelik dah. Aku terpikir ada orang buli Aqil ke di sekolah? Tanya sekali lagi dia kata takde laaa... dia membeli. Yang mana satu Aqil ni?. Risau aku dibuatnya. Cerita pada abang hal ini, abang pun turut risau kalau la betul Aqil dibuli di sekolah. Abang tanya Aqil dia jawab benda yang sama... kejap gitu... kejap gini.... Aku ingat nak ke sekolah dia time rehat, nak pergi intai apa sebenarnya?.
Macam2 perkara la, dah la abang takde. Aku nak pikir pasal abah lagi, Aqil lagi, pasal nak pergi OZ lagi dll. huuu... Ya Tuhan tabahkan lah hati hambaMu ini. Amin.

25 June 2009

nak cite apa yeee...

pagi tadi Yaya bangun awal... macam biase la kalau dia bangun awal mesti nak ikut aku ke pasar. Yaya kalau bangun pagi mesti buang air besar, jadi kena urus dia dulu. ikut aku ke pasar siap bawa lipstik lagi (lipstik yang dah nak habis), dia cakap nak comel. tak bagi nanti dia menangis. sampai pasar nak tengok orang buat roti canai pulak, aku kata "tengok esok la mama nak cepat", Yaya kata "ok" lepas tu cakap "tak nak kawan mama la tak bagi tengok orang buat roti canai". lucu pun ada... sampai sekerat jalan Yaya cakap "Yaya nak hantar mama kerja" aku cakap "tak boleh", dia nak jugak. sampai depan rumah tak nak turun, aku cakap ada ais krim dalam peti dia terus nak turun, lepas tu siap salam, babai dan cakap pada aku "elok2 yeee..." maksud dia suruh aku jaga diri dan drive carefully la tuuu... cerdik betul Yaya n lepas tu buat flying kiss. tersenyum je aku bawa kete teringatkan perangai Yaya. comel anak mama!!!.

19 June 2009

Yaya... Yaya...


Yaya malam tadi tidur lambat... lepas tu selalu sedar... dan pagi pulak bangun awal. Bila la dia nak tidur nyenyak macam budak2 lain. Pagi bangun terus nak mandi... tak reti sejuk betul dia. Lepas tu nak ke pasar nak beli ais-krim. Itu la rutin aku kalau Yaya bangun. Tengahari setiap Jumaat aku kena balik untuk hantar Aqil ke sekolah... sebab jiran aku pergi sembahyang dan Aqil tak nak masuk kelas lewat. Yaya macam biase nak ikut lagi... nak tinggal dia tak sampai hati takut menangis. Yaya pun ikut sama hantar Aqil dan balik kena beli ais-krim dulu kalau tidak dia taknak turun dari kereta. Letih dibuatnya dah la cuaca panas terik. Lepas dapat ais-krim baru ok terus cakap "mama nak pergi kerjakan... meh nak salam, sambil hulur tangan dia pada kau" dan cium aku. Hilang rasa nak marah... comelll ... mama cayang Yaya. (gambar di atas Yaya masa umur 1 tahun lebih).

11 May 2009

Yaya... Yaya...

Pagi tadi aku ke pasar dengan Yaya. Yaya siap bawak baby dia sekali (bear yang aku bagi masa besday dia). Sampai je pasar Yaya cakap dia tak nak turun. Jadi aku pergi beli makanan, aku parking kereta dekat je dengan tempat aku nak membeli tu dan mata aku tak lepas2 memerhatikan Yaya. Dalam perjalanan balik dia cakap nak makan ais-krim dan burger. Aku cakap ais-krim dah ada dalam peti. Yaya kata ok. Yaya tanya aku... mama nak pergi kerja ke? Ye aku cakap... dia macam termenung jeee... Aku cakap nanti petang mama balik ye. Dia kata emmm... Sampai je depan rumah aku cakap salam dulu dan kiss mama. Dia pun salam dan kiss aku. Lepas tu dengan spontan Yaya suruh dan pegang tangan baby dia suruh salam aku, tergelak aku dibuatnya. Cerdiknya anak mama!!! Yaya turun terus duduk depan rumah dan MIL dok memujuk dia suruh masuk dalam.Aqil tak bangun tidur lagi.

"Aqil dan Amalia memang penyeri hidup aku dan abang. Mama cayang Aqil dan Yaya".

30 April 2009

Persiapan keperluan abang untuk ke Australia

Malam tadi lepas sembahyang maghrib aku, abang dan Aqil ke Alamanda. Amalia tak ikut sebab dia tidur. Tinggal la dia dengan Tok Manya. Tujuan kami ke Alamanda ialah sebab abang nak beli2 barang2 keperluannya untuk di bawak ke Australia. Abang beli beg besar di Travel. Besar betul beg tu Aqil pun muat kalau masuk dok dalam tu. Ok la harganya RM499.00 after less 70% jadi RM149.00. Lepas beli semua barang kami terus balik. Abang sibuk dok setting laktop yang baru beli. Tiba2 Amalia pun bangun... siap main2 lagi. Mula laaa nak tidur balik susah. Lepas letak dalam buai baru dia tidur.

Pagi ni Amalia bangun awal... bangun je terus menangis cari aku. Masa aku nak bersiap dia datang dekat aku pegang dan cium tangan aku. Dia ikut papanya hantar aku keje hari ni. Sebelum sampai MOF dah siap bersalam dan cium aku. Cerdik betulll... Amalia ni... dia tahu semua benda dan suka bercakap. Datang je Putrajaya mesti nak pergi masjid dan nak tengok belon panas. Dia masih ingat tempat belon panas hari tu. Semalam masa balik papanya bawa dia sekali... siap main air depan ofis aku ni... abang tak larat nak layan dia. Abang cakap dia tak tak nak tidur hari ni nak bermain dengan papa dia jeee.... Dia tahu kot papanya nak pergi belajar dah. Nampak aku terus menjerit sambil joget panggil aku mama... mama... Dalam perjalanan balik rumah menjerit nak tengok masjid, lepas tu nak ais-krim pulak. Tak sabar2... abang bawak kereta pun tak senang. Sampai di Petronas terus berhenti dan belikan ais-krim. Aku beli 3 batang termasuk satu aku punya, tapi semua Amalia makan. Aqil pun tak dapat makan. Amalia memang suka betul makan ais-krim dan ais. Nasib baik Aqil mengalah.

14 April 2009

Kisah anak2 Aku

Semalam kesian Aqil, rupa2nya dia balik pukul 6 petang. Biasanya hari Isnin 6.30 baru keluar. Aqil balik awal sebab perhimpunan dibatalkan kerana hujan. Papanya pergi ambil pada pukul 6.15, tengok2 Aqil dok menangis. Orang ramai lagi mungkin dia rasa takut sebab kebiasaannya kalau dia keluar kelas aku atau papanya dah ada diluar. Balik2 je terus nak tidur dan cakap dia sejuk. Rupa2nya Aqil demam balik... baru je lepas demam sekarangdah demam balik. Lepas makan ubat Aqil terus tidur sampai ke pagi. Makan pun tidak. Kesian anak akuuu... uuhhhuuu...

Cerita Amalia pulak... dah 3 hari tak buang air besar, asyik dok sebut sakit perut... sakit perut... jeee... tapi tak nak meneran. Dia macam takut dan sakit masa nak meneran. Kesian tengok dia... sampai pucat muka. Anak aku ni sembelit... sebelum balik rumah tadi aku singgah farmasi beli ubat melembutkan najis dan melicinkan pengeluaran najis, minyak mestika dan minyak TYT. Sampai jeee... rumah Amalia terus datang pada aku dan cakap sakit perut... sakit perut... nak uuu...uuuk... aku cakap uuu...uuuk laaa... dia tak nak, sakit katanya. Aku terus suruh MIL dan abang masukkan ubat yang aku belikan tadi... aku nak masukkan tak berani dan tak sampai hati tengok Amalia menangis. Lepas MIL masukkan aku dukung Amalia nak baringkan dan betulkan pampers dia... tengok2 dah ada 2 ketul... ehem... ehem... patut la sakit... memang keras. Lega aku tengok Amalia dah uuu...uuuk... Lepas pada tu Amalia terus tersenyum dan main macam biasa walaupun dia ada mengadu sakit lagi, mungkin pedih kot. Aku tahu macam mana perasaan Amalia masa susah nak uuu...uuuk... sebab aku pernah sembelit... memang seksa Tuhan aje yang tahu... dan macam mana rasa lepas dimasukkan ubat (aku pernah dimasukkan ubat tersebut sebelum nak melahirkan Aqil... masih segar diingatan... siap ma masuk teman sekali... sakit nak beranak bercampur sakit nak uuu...uuuk... seksa!!! tapi itu lah pengalaman).
Apa2 pun aku doakan semoga semua ahli keluarga aku sihat, selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.

18 November 2008

Semalaman tak tidor...demi anak2

Demi anak2 tersayang sanggup ku korbankan apa sahaja. Mama sanggup menjaga Aqil dan Amalia dalam apa keadaan sekali pun. Walaupun kelopak mata ni tak mampu dibuka...sebab tak cukup tidur..., yang penting keselesaan dan keselamatan kalian terjaga. Amalia demam lagi...malam tadi sampai muntah2. Pagi tadi aku datang lewat...tunggu Amalia tidur dulu. Abang bawa Amalia ke klinik pagi ini. Semoga Amalia cepat sembuh. Aqil cuma batuk lagi sikit2. Ingat nak EL tapi masalahnya cutiiiiiiiiiiiiii takkkkkkkkkkkk adeeeeeeeee...sikittttttt jeeeeeee tinggallllll.
Hari ni buat surat satu je....Rehat hari ini dalam sejarah aku tak kuar makan ...ngantukkk tahap gaban...tidur di pantry 20". Walaupun sekejap hilang dah mengantuk tetapi dok menguap sokmo. Call MIL 3/4 kali tanyakan keadaan Amalia. Amalia dah ok dan dok bermain2 dengan Aqil. Petang ke Kabinet hantar kertas Jemaah Menteri.