Dah lama Aqil nak benda alah ni, apa lagi kalau bukan PSP... Papanya dah berjanji masa sebelum ke Adelaide lagi. Masa di Adelaide tak beli sebab mahal. Balik Malaysia ni baru la dibelikan oleh papanya. Ye la budak2 baya Aqil kebanyakannya ada PSP ni... Aqil pun nak la sama. Ini pun Aqil dah agak ketinggalan... kalau orang lain bukan setakat ada PSP, macam2 ada XBox, PS3, PS2, Nintendo, Wii dan macam2 lagi... aku pun tak reti sangat bab2 games ni. Sebelum ni Aqil dok main PS1 je... Takpa la Aqil ketinggalan benda macam ni takpa, bukannya penting sangat.
Disebabkan dah lama berjanji dengan Aqil hubby terpaksa la tunaikan janjinya dan bawak Aqil ke kedai games di Billion, KB ni. Bukan main seronok la tuan punya badan bila tahu papanya nak belikan PSP hari ni. Walaupun harganya R7xx terpaksa la belikan, kalau tidak Aqil asyik mintak je nanti. Dengan harga ini Aqil boleh upload 20 games. Pilih jangan tak pilih...
Hepi la yer dah dapat apa yang diidamkan selama ini... nasib baik Yaya tak mengamuk nak jugak. Kalau tidak mesti kena beli yang warna pink satu, baru botak kepala papa hehehe... Yaya tak reti lagi...
Papa pun tak reti sangat nak guna benda alah ni... maklum la tak pernah main hayat hidup, so kena la tengok2 dulu caranya. Aqil pulak tak sabar2 nak main... banyak2 bersabar yer Aqil.
Dah ada PSP ni, timbul la masalah tak boleh berengang... di mana ada Aqil di situ la ada PSP. Ke mana sahaja Aqil pergi mesti dibawanya PSP ni... tak kira di mana dan masa bila, termasuk la masa makan. Itu la gunanya PSP kot ke mana sahaja boleh dibawa bersama.
Dalam flight pun sama... tapi bagus jugak yer... at least Aqil tak bosan. Kalau macam ni mama pun nak satu la... tapi taknak PSP nak Ipad satu boleh tak papa, hahaha...
No comments:
Post a Comment