27 February 2011

Thanks Pak Long

Hari ni Pak Long bawak kami ke kedai coklat di Bangsar. Sebelum ni setahu aku Patchi cuma ada di KLCC dan Pavillion je tapi kali ni Pak Long bawa kami ke rumah banglo 2 tingkat di Bangsar iaitu tempat menjual coklat Patchi. Aku tengok rumah ni macam tak diubah suai pun, masih dalam keadaan asal tapi dijadikan tempat untuk menjual coklat Patchi ni. Menurut Pak Long kat sini lebih banyak pilihan compare dengan KLCC dan Pavillion

Depan kedai Patchi di Bangsar.

Tujuan Pak Long bawak kami ke sini sebenarnya sebab nak tunjukkan pada Bja cara Patchi buat packaging. Dari sini maybe Bja akan dapat idea membuat gubahan hantaran coklat untuk customer2nya. Satu lagi tujuan kami ke sini Pak Long nak suruh Bja tengok mana satu yang dia berkenan untuk hadiah kawinnya bulan September nanti. Bestnya sebab Pak Long nak sponsure coklat Patchi ni masa Bja kawin... tak merasa la kami nampaknya. Aku pun teruja tengok macam2 jenis bentuk coklat yang ada di Patchi ni, bukan sahaja bentuk2 coklat, tapi dari segi bungkusan, warna, hiasan dan macam2 lagi. Dari yang sekecik2nya hingga la yang sebesar2nya. Setahu aku coklat Patchi ni memang mahal dan orang2 atasan dan mampu je yang membelinya. Ye ke? entah la... tapi coklat Patchi ni memang mahal harganya bagi aku huhuuuuu... macam sayang duit je nak beli. Mana tak mahalnya sebab imported. Member aku pernah bekerja di Patchi... katanya coklat Patchi ni memang selalu dijadikan cenderamata atau hadiah kepada VVIP termasuk la PM kite.

Macam yang ni, kalau aku tak terbeli la... yang ni harganya beribu, baik aku beli benda lain.

Macam2 jenis packaging ada...

Kalau dapat yang ni pun dah seronok sangat...

Sempena besday Yaya esok Pak Long suruh Yaya pilih yang mana satu Yaya suka. Apa lagi Yaya sudah semestinya memilih yang warna pink. Tengok2 harganya mak aiii... sayang duitnyaaa... coklatnya tak la banyak pun tapi cara packaging tu yang menyebabkanya jadi mahal. Tapi takpa la dah Pak Long nak bagi.

Tak sabar2 Yaya nak makan... aku pun tak sabar nak rasa. Sedap sangat ke coklat ni sampai harganya mahal sangat. Lepas makan... bagi aku takde la sedap sangat, biase je... maybe sebab coklat ni coklat import dan dah ada nama. Apa2 pun terima kasih pada Pak Long sebab bagi hadiah coklat Patchi ni pada Yaya.

1 comment:

  1. salam.. sis.. saya nak tanya.. kedai patchi kat bangsar ni kat area mana yer? bleh bagi alamat tak? tq yer sis :)

    ReplyDelete