28 February 2011

Hepi besday anak mama sayang!

28 Febuary 2007 lebih kurang jam 11 pagi lahir la seorang baby girl bernama Nor Amalia Marsya di Hospital Putrajaya. Baby girl tu sekarang lebih dikenali dengan panggilan manjanya Yaya. Kini usia Yaya sudah genap 4 tahun. Dah besar rupanya anak mama ni... kejap je rasa.

Memandangkan sambutan hari lahir Yaya kali ni kami berada di Malaysia dan kami tinggal di rumah tamu so sambutannya tidak la semeriah mana. Walaubagaimana pun aku berusaha juga buat sesuatu supaya Yaya rasa hepi dihari lahirnya.

Seperti kebiasaan kek mesti ada... kali ni Yaya nak kek berwarna pink dan ada gambar barbie kuning... iaitu Belle. Untuk memenuhi permintaan Yaya aku order kek ini daripada seorang penjual kek di rumah yang tinggal di Bangi.

Yaya hepi sangat dapat kek seperti yang diinginkan...

Ini door gift untuk sepupu dan kawan2 Yaya... sikit je aku sediakan...


Kali ni kami bergambar dan sambut besday Yaya di rumah tamu UKM je... maklum la kan rumah pun takde lagi. Apa2 pun semoga Yaya hepi dan yang paling penting mama, papa dan abang Aqil sentiasa mendoakan Yaya sentiasa sihat dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat, jadi anak yang soleh, pintar dan comel.

Memandang kami berlima je termasuk Bja... rasa macam tak meriah je... dan satu lagi tak terhabis rasanya nak makan kek besday ni nanti. So kami plan celebrate besday Yaya di kedai Man di BBB Tom Yam dekat dengan rumah kami dulu. Yaya nak raikan besdaynya bersama Nurin dan Sabrina (anak2 Man). Seperti tahun2 sebelum ni pun kami selalu jemput mereka ke rumah untuk celebrate besday Yaya.

Ni la Man toke BBB Tom Yam... thanks sebab selalu belanja kami makan. Semoga bisnes Man bertambah sukses... sekarang pun dah agak sukses. Baru je beberapa bulan kami ke Adelaide balik2 dah tengok Man pakai Toyota Wish dan coming soon BMW pulak... maknanya bisnes makin kencang la tu. Aku tumpang hepi tengok orang makin berjaya.



Aqil berselera dapat makan tom yam poktek makanan feveret Aqil di kedai Man ni selain daripada nasi goreng Thai, kue tiaw goreng dan nasi goreng pattaya. Masa di Adelaide kami memang rindu makanan2 di kedai Man ni. Masa balik ni la nak makan semuanya.

Kebetulan masa kami celebrate besday Yaya di kedai ni. Ada orang lain celebrate besday jugak, sama date dengan Yaya... kami siap bertukar2 kek lagi. Yaya malu2 pulak... Alhamdulillah Yaya dan Aqil hepi malam ni... begitu la yang selalu mama harapkan.

Anak mama dah besar, semoga Yaya semakin sihat, soleh pintar dan comel tau.... Semoga Tuhan permudahkan perjalanan hidup Yaya dan mama sentiasa mendoakan Yaya berjaya dalam hidup di dunia maupun akhirat.

"HEPI BESDAY NOR AMALIA MARSYA BINTI MOHD. AZUL".

1 comment:

  1. Akak, saya nak tanya.
    rumah tamu di ukm, kadar sewa untuk satu malam berapa?

    ReplyDelete