Showing posts with label Aidiladha di Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha di Adelaide. Show all posts

12 November 2011

Majlis sambutan Aidiladha

Setelah seminggu Aidiladha berlalu kami di sini masih meraikannya. Kali ini sambutan Aidiladha oleh MyPSA(SA) diadakan di Bonython Park jugak, sama dengan majlis Aidilfitri hari tu. Sebanyak 25 ekor kambing telah dikorbankan. Majlis korbanya diadakan hari pada hari Khamis. Setiap famili mendapat 2kg daging korban tersebut.

Untuk majlis kali ni makanan utamanya ialah gulai kambing dan BBQ kambing. Memang banyak betul Zie tengok... selain dari itu ada jugak BBQ ayam. Ok jugak boleh la sapa2 yang tak makan kambing macam Zie ni makan. Dan bagi meneruskan tradisi warga MyPSA(SA), semua hadirin dialu2kan untuk turut berkongsi dan membawa juadah ringkas raya berkonsepkan 'potluck' iaitu nasi, roti dan dessert. Zie bawa roti dan air je untuk majlis ini.

Ini la rupanya lamb yang sedang dibakar... nampak sungguh menyelerakan tapi entah kenapa Zie tak rasa nak makan pun. Zie tengok orang lain bukan main beria makan dan ada yang sanggup tunggu dekat dengan tempat BBQ ni takut lamb yang dimasak kehabisan. Sebabnya sekali masak terus licin, sapa lambat kena tunggu yang lain pulak. Dia orang cakap lamb kat sini tak berbau macam daging di Malaysia sebab ianya masih fresh lagi. Tapi bagi Zie memang sama je, tak boleh nak makan. Zie ada cuba makan secubit, tapi memang tak boleh makan... rasa kembang pipi je. Bagi mereka yang suka makan lamb memang untung la... sebab memang banyak betul lamb yang disediakan hari ni.

Tengok ni masing2 khusyuk dok makan lamb... hubby pun sama, tapi hubby makan sekeping je sebab risau darah tingginya datang balik. 2kg lamb kat rumah tu pun tak tahu nak masak apa... entah2 berapa lama baru nak habiskan, sebab hubby je yang makan... itu pun makan sikit2 je. Lagi satu Zie tak pernah masak lamb... entah nak masak apa nanti. Paling senang grill je la kot.

Selain itu, majlis ini jugak mengadakan sesi memperkenalkan sesiapa yang baru sampai dan sesiapa yang akan balik. Ramai jugak muka2 baru hari ni... ada tu yang Zie tak pernah nampak, ye lah nama pun dah orang baru. Takpa lepas ni boleh lah kite semua saling berkenalan. Yang nak balik pun rasanya ada 2 atau 3 famili. Bestnya perjuangan mereka hampir selesai...

Macam biase acara penutup ialah sesi fotografi... rasanya kali ni ramai jugak yang tak datang, tapi majlis tetap meriah. Sekali-sekala berjumpa macam2 topik dibualkan. Cuaca agak panas bila hari semakin petang. Selepas sesi fotografi ni ramai yang beransur pulang, termasuk lah kami. Terima kasih kepada pihak penganjur... dan terima kasih bagi kami daging korban.

07 November 2011

Sambutan ala kadar aje...

Sempena raya Haji ni Zie dan kawan2 terdekat berpakat mengadakan makan2 di park... Kali ni kami pilih park yang biase kami pergi iaitu Thorndon Park. Alhamdulillah cuaca elok hari ni. Sampai2 aje di park ni kami terkejut sebab parking penuh, tak pernah2 macam ni. Masuk je dalam mak aiiiiiii... ramai betul manusia, nak cari pot yang best pun dah takde. Ramai bangsa lain turut datang meraikan Aidiladha kat sini. Mat salleh pun ramai... macam2 aktiviti mereka lakukan... penuh sesak park ni tapi terasa meriah pulak.

Tengok kat belakang sana ramaikan orang? Nasib baik kami dapat pot ni. Sepanjang kami kat sini tak putus2 orang datang ke park ni dan tercari2 tempat.

Untuk makan2 ni kami masing2 bawa makanan dan semuanya makanan yang simple2 aje tapi sedap. Zie buat lontong, rendang dan kuih seri muka aje. Selain tu ada bihun sup, satay goreng, rendang dendeng, ais krim. sambal udang dan macam2 lagi.

Hepi Amalia dapat makan ais krim.

Menjamu selera sambil borak2...

Anak2 memang suka sangat kalau ada majlis di park walaupun sekejap, sebabnya mereka rasa bebas, nak bising2 pun takpa. Kalau di rumah suara pun kena kontrol risau jiran2 OZ marah. Raya haji tak semeriah raya puasa. Tapi mujur la tarikhnya jatuh hari Ahad... boleh lah kami adakan majlis macam ni. Walaupun tak semeriah di negara sendiri kami tetap hepi.

Buat semua Selamat Hari Raya Aidiladha... buat keluarga, sanak sedara dan sahabat handai di Malaysia masa makan daging korban tu ingat2 lah pada kami kat sini.

06 November 2011



Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua daripada kami sekeluarga di Adelaide. Maaf kiranya ada salah dan silap.

20 November 2010

Jamuan Raya Aidiladha

Macam biase seperti jamuan hari raya puasa jamuan raya haji kali ni juga diadakan di park, dekat je dengan rumah kami. Kami dijamu dengan daging korban... kat sini kebanyakannya orang buat korban kambing. Daging lembu ada jugak tapi sikit je. Majlis korban kali ni tumbang seekor lembu dan 20 ekor kambing. Selain dari daging korban kami masing2 ada jugak membawa makanan lain sebagai potluck.

Aku diamanahkan masak 2kg daging korban. Sebelum tu takde pun sapa nak suruh aku masak... aku nak offer diri segan la pulak sebab aku baru kat sini. Lepas Kak Shida offer baru aku sanggup nak masak. Bukannya apa at least aku boleh tolong setakat yang termampu. Kalau banyak2 tak berani jugak... tak pandai nak bajet bahan2nya nanti. 2kg ni kira ok la walaupun sikit je.

Aku masak daging singgang je... makanan paling simple dan tak memuakkan. Kalau di Kelantan daging singgang ni merupakan menu wajib masa Raya Korban selain dari sup, masak air asam, bakar dan goreng.

Sebagai makanan tambahan aku bawa kek pisang.

Bersama kawan2 kat sini, ada yang dah lama kenal dan ada yang baru kenal... sekali-sekala jumpa dan kejap2 je tak sempat nak beramah-mesra.

Makan ramai2 di bawah pokok ni je... masing2 nak lari dari panas.

Makan tak banyak mana pun... asyik berborak je sebab dok asyik berborak dengan kengkawan, maklum la sekali-sekal jumpa ada aje topik yang hendak dibualkan.

Yaya macam biase la... makan tak nak asyik nak main je...

Tambah2 kalau ada ramai kawan.

Time macam ni jugak Aqil dan Yaya dapat jumpa kawan2 mereka. Hepi la dapat main bersama.

16 November 2010

Aidiladha di Adelaide

Hari ni umat Islam di bumi Adelaide telah meraikan hari raya korban termasuk la kami sekeluarga. Raya kali ini aku tak buat persiapan apa2 pun sebab Aqil nak ke sekolah dan hubby pulak akan ke Uni. Hubby kata raya haji bukan macam raya Aidilfitri, orang sini tak meraikan sangat. So aku pun takde la nak masak apa2 yang istimewa. Aku cuma masak spagghetti dan gulai ayam je... itu pun untuk Aqil bawa bekal ke sekolah. Memang tak terasa raya langsung...


Juadah simple di pagi raya... huhuuu

Puding jagung...

Bangun pagi2 aku terus pasang radio era.... nak dengar takbir raya. Rasa sedih dan sayu je dengar takbir dan mula la dok imagine suasana raya di kampung halaman. Di Malaysia raya esok, tapi yang pasti hari ni mesti dah terasa kemeriahannya terutama dapat berkumpul adik-beradik dan dapat bersama ma aku yang tersayang. Hanya telefon la menghubungkan kami. Kejap2 aku rasa nak call mereka... nak tahu apa mereka sedang buat dan apa persiapan mereka untuk menyambut Hari Raya Haji kali ni.



Aku dan Yaya just dok rumah je seharian macam hari2 biase... Aqil ke sekolah. Aqil cakap kalau dok rumah pun bukan boleh tengok orang sembelih lembu macam raya haji sebelum2 ni. Hubby ke masjid untuk sembahyang raya tapi sampai2 je orang dah siap sembahnyag, rupa2nya sembahyang raya awal kali ni, tak macam sembahyang raya Aidilfitri hari tu. Aku dengan aktiviti2 biase lah layan FB, update blog and tengok movie.


Syura and famili je tetamu kami... sory ye coz makanan yang ada tak seberapa. Takpa Syura tahun depan kite pakat and plan sesuatu yer supaya ada mood raya tau...

Aqil dan Yaya hepi dapat main dengan kawan2... Ika & Zakuan. Main masak2...



Petang kami ke CCC untuk daftar sekolah Yaya... tengok2 cancel la pulak. Terus balik rumah, kemudian Syura & famili datang beraya di rumah. Malam kami terima jemputan beraya di rumah Roslina Koi... dalam pukul 8 kami ke sana. Tak ramai tetamu, dalam 5/6 famili je... kami dijamu nasi himpit dan rendang ayam. Alhamdulillah terasa la jugak suasana raya.

Raya kali ni memang tak best langsung... insyaAllah tahun2 hadapan aku and the geng akan merancang buat sesuatu bagi merasai dan mewujudkan suasana raya. Kami kena creat sendiri suasana tu baru la ada rasa macam raya... ini tidak... Apa2 pun Hari Raya Aidiladha sudah berlalu... yang pasti pikiran dan hati tetap berada di kampung halaman.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA