Showing posts with label Kitchen gadgets. Show all posts
Showing posts with label Kitchen gadgets. Show all posts

26 December 2011

Akhirnya apa yang diidamkan berjaya ku miliki... Alhamdulillah.

Alhamdulillah akhirnya mixer idaman dah berjaya Zie miliki. Dah lama Zie idamkan Kitchenaid mixer ni... sebelum datang sini lagi. Zie jatuh cinta pada mixer ni bukan disebabkan fungsinya aje tetapi disebabkan rupa bentuknya dan yang paling penting ada warna feveret iaitu MERAH. Untuk mixer ni Zie beli warna Empire Red. Dah lama dok usha harga mixer ni dibeberapa buah kedai dan juga online tapi tak turun sangat harganya. Tapi kali ni Zie kena beli jugak sebab tak lama lagi dah nak balik Malaysia. Sebelum duit habis ke lain baik Zie beli je terus mixer idaman ni. Selain mixer Zie jugak beli barang2 KA yang lain. Kiranya cukup la peralatan KA setakat ni... tapi ada lagi barang2 KA yang Zie nak tambah lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki.


Kalau ikutkan hati nak try guna mixer ni... tak sabar nak tahu kehebatannya. Tetapi Zie dah ada Kenwood mixer, jadi guna je lah yang ni dulu. Balik Malaysia nanti baru boleh guna khidmat KA ni pulak. Memang hepi sangat... thanks to my hubby sebab telah tunaikan hajat Zie ini.

25 July 2011

Sementara dapat idaman kalbu...

Memang dah lama sangat teringin nak memiliki Kitchenaid Mixer (KM)... pantang nampak di shopping mall Zie akan tengok harganya. Tapi susah betul nak sale benda alah ni. Harga still macam tu je... takpa la simpan gambar dulu pun kira ok la, sementara dapat yang real punya.

Rasanya Zie suka KM ni memang dah lama dan minat mula timbul bila tengok chef2 terkenal di Malaysia menggunakan mixer ni, nampak macam best dan senang je nak buat kek dll... satu lagi maybe sebab design dan colournya yang menarik. Terdapat pelbagai colour dan semuanya cantik2. Masa di Malaysia dulu memang dah usha2 KM di kedai jual barangan bakery... memang harganya mahal iaitu lebih kurang RM2500++, tak mampu je rasa... lagi pun masa tu banyak perkara yang lebih penting daripada beli KM. So terpaksa la Zie pendamkan aje hajat dihati... terpaksa la guna mixer biase je, rasanya mixer biase tu lebih kurang 10 ketul dah Zie guna... semuanya tak tahan lama, pernah sekali sampai berasap huhuuuu... nasib baik tak meletup.

Walaupun KM ni terdapat pelbagai colour yang menarik, warna merah tetap menjadi pojaan hatiku, huhuuu... cantiknyaaa... kadang tu tengok gambar pun dah suka, kalau dah dapat yang real nanti tak tahu la macam mana yer? mau ada yang tido pun termimpi2kan KM ni. Banyak2 colour Zie suka KM colour Empire Red. Memang akan ku beli suatu hari nanti, InsyaAllah kalau ada rezeki.

Sementara mendapatkan KM, Kenwood Partissier Mixer (KP) Zie miliki terlebih dulu. Thanks to my hubby sebab belikan KP ni. Ingatkan dah tak dapat sebab banyak duit nak guna untuk benda lain. Kebetulan ada sale tu yang Zie nak sangat... last week dah nak beli tapi takde warna merah. Penjual tu cakap stok baru akan sampai hari Isnin, hari ni la. Bila tiba je hari ni Zie tanya hubby jadi ke nak beli mixer tu, hubby cakap duit banyak nak guna untuk perkara yang lebih penting, mixer tu takpa... lain kali boleh beli. So Zie diam aje la, sebab Zie pikir lain kali mesti ada sale lagi (tapi dalam hati macam frust jugak sebenarnya...).

Tiba2 petang tadi lepas balik dari Uni. hubby cakap nak pergi isi minyak kereta. Zie dok sibuk masak untuk berbuka. Dok tak lama hubby balik and Amalia bukakkan pintu... hubby cakap "Puan Nor Azita ada tak? Zie terus ke pintu tengok2 ada dua kotak besar, satu kotak KP dan satu lagi kotak Kenwood Slow Cooker. Dalam hati terus dapat agak hubby pergi beli mixer yang Zie nak tu. Apa lagi senyum sampai ke telinga la....

Amalia pun hepi sangat sebab hubby belikan mixer ni... Amalia tahu yang mamanya ni dah lama idamkan mixer warna merah. Kalau tengok aje dalam tv atau youtube orang guna mixer warna merah (Kitchenaid) mesti Amalia akan terus tanya 'mama suka ke mixer ni?, kalau Zie cakap 'yer' Amalia mesti cakap 'nanti Yaya belikan untuk mama yer'. Kalau nampak di shopping mall pun sama... Amalia tanya 'kenapa mama tak beli sebab dah suka sangat?' Zie jawab 'nanti la tunggu mama kaya dulu baru boleh beli' hehehe... Sampai Amalia pun tahu mama dia ni minat sangat Kitchenaid mixer, terutamanya kalau yang warna merah.

Alhamdulillah dapat jugak mixer ni... terima kasih sangat kepada hubby sebab memahami kehendak Zie. Walaupun bukan kitchenaid Zie suka sangat... harap2 mixer ni boleh berjasa pada tuannya dan yang penting tuannya ni boleh buat macam2 dengan mixer ni, tunggu la hasilnya nanti.

23 July 2011

Alamak macam mana nak masak ni?

Dua tiga hari lepas masa Zie tengah memasak tiba2 gas habis... ayam dah memang dok dalam kuali, perut pulak terasa lapar... nak beli gas pulak bukan macam di Malaysia kite call order and orang hantar depan pintu. Hubby ke Uni. takan nak call suruh balik semata2 nak suruh beli gas. Kacau keje dia je nanti. Mujur ada deep fryer yang Zie beli di GS boleh la guna... first time guna ni macam takut2 la pulak. Tapi lepas guna ok je... Alhamdulillah boleh la kami 3 beranak makan nasi hehehe...

04 December 2010

ABC satuuuuuuu...

Kepanasan melanda bumi Adelaide... time2 macam ni syoknya kalau dapat makan ABC, laici kang atau air cendul. Apa lagi mula la aku dan Yaya nak buat projek... iaitu projek membuat ABC. Time macam ni la nak cuba ice shaver yang dah lama aku beli di GS... dah la beli sampai 3, itu pun plan nak beli lagi kalau dapat yang lagi canggih, elok dan murah, tamaknya aku ni yer... bukan apa untuk kegunaan sendiri, senang kalau teringin nak makan ABC terus boleh buat. Mana tahu kalau rosak ada lagi yang lain sebagai pengganti... kalau di Malaysia tak pasti ada ke tak jual benda alah ni. Tapi kalau dok Malaysia mahu ke buat sendiri ABC... tengok2 ke kedai jugak akhirnya. Takpa2... yang penting aku ada alat ni.

Berguna jugak ice shaver yang aku beli di GS ni... memang berbaloi beli, senang dan cepat je nak buat ABC. Rasa tak sabar2 nak tengok hasilnya... Alhamdulillah ok. Dah la jenama sunbeam dan baru lagi. Hubby dok tengah tido masa ni... dia dok dengar kami kalut kat dapur... sampai tak boleh tido dibuatnya, bangun2 terus kena buat ABC. Semua order je la... ABC satu papa...

Yaya dan Aqil la orang paling seronok dapat makan ABC... siap cakap "macam kat Bangi la mama". Ye la kalau di Bangi mama beli di restoran sate Samuri je... tidak pun kite pergi makan di Taman Warisan Putrajaya... sini semua kena buat sendiri kalau nak makan. Tapi bagus jugak at least tahu jugak nak make ABC sendiri.

Mengiurkan walaupun tak cukup bahan, tambah2 time panas2 macam ni... tekak ni rasa nak minum ais je. Rasa lega je tekak ni... hahhhhhhhhh...

Ok siap papa cakap... mama satu, Aqil satu dan papa punya satu...

Yang ni Yaya punya... Yaya dah tak sabar2 nak makan. Lepas ni rasanya ada yang mintak ABC tiap2 hari... Boleh je, lepas ni mama nak letak banyak bahan pulak... bestnya kalau letak kacang goreng, kacang merah, halwa, cincau (yang ni kena beli la) dan ais krim atasnya... huhhhh... best2... dan kalau ada kapur makan mama boleh try buat cendul, dapat la kite minum air cendul pulak. Tungguuuuuu...

Aqil dan Yaya dok mengadap ABC sambil tengok TV... sory la yer Yaya cekci sikit hari ni sebab kepanasan. Papa kena buat dua kali ABC hari ni sebab masing2 dah lama tak makan ABC... jarang2 jumpa rasa tak puas la pulak... jangan batuk sudah la lepas ni. Kalau batuk kena kontrol minum ais lepas ni... harap2 anak2 mama ok la yer. Jangan batuk2 dan demam yer sebab sini susah kalau demam. Selamat menikmati ABC di Adelaide ni.

21 July 2010

Hadiah barang2 dapur lagi

Semalam hubby belikan aku set periuk TEFAL, frypan brand Chief, sudip dan 2 set sudu Stanley Rogers dan 2 set sudu Home Cafe untuk aku. Terima kasih hubby... Rasa sayang nak guna semua ni. Rasanya nak bawak balik Bangi je la kot. Kalau convert duit kite rasa macam sayang nak beli, better guna buat benda lain yang lebih penting. Macam kat sini aku guna aje mana yang ada. Kebanyakan barang2 dalam rumah ni orang lama yang tinggalkan. Tapi hubby dah belikan, terima je la.


Set periuk TEFAL... nampaknya lepas ni kena makin rajin masak la... hubby dah beli semua ni, jadi kena la buat masakan yang lebih istimewa selalu untuk suami dan anak2. Kalau kat Malaysia harganya memang mahal.

Set sudu Home Cafe (2 set) untuk 6 orang makan

Set sudu Stanley Rogers memang famous kat sini... yang ni aku paling suka, for 8 person. Kalau nak bagi hadiah pada orang kawin pun sesuaiiii...

Yang ni set sudu Stanley Rogers jugak... cantikkk... sesuai jugak kalau nak bagi hadiah pada sesapa


Set sudip, macam2 ada... nasib baik aku tak pergi beli sendiri, kalau tidak bukan setakat sudip2 ni aku beli... mahu benda lain pun aku beli. memang suka tengok barang2 dapur kat sini, rasa semua nak beli. Kalau Yaya siap taknak balik sebab nak tengok dan main dengan barang2 dapur, terutama bekas2 untuk buat kek & cupcake... sangat2 cantik.

Terima kasih pada hubby kerana belikan semua ni...