Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

29 February 2012

First time buat kek Barbie

Amalia teringin sangat hendak kek Barbie untuk besdaynya kali ini. Sempena besday Amalia, Zie cuba jugak membuat kek Barbie untuknya. Rasa macam tak yakin nak buat kek ni, tetapi demi Amalia, Zie cuba jugak... Alhamdulillah akhirnya berjaya, walaupun tak secantik mana, yang penting ada dan Amalia hepi.

Zie buat kek perasa vanila. Resepinya mudah aje...

Bahan2nya:

150 g mentega
185 g tepung naik sendiri
130 g gula kastor
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur
1 sudu teh vanilla

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat. Adun sebati
4. Masukkan adunan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 C.


Paling Zie risau nak buat buttercream... maklum lah tak pernah buat. Pada mulanya Zie tak yakin nak buat sebab di sini takde jual creamwell. Dah puas Zie intai di kedai2, termasuk kedai jual barang2 bakery... memang takde dijual di sini. Yang ada cuma ready made cream. Nak beli tak sure apa ingredientnya. Nak tak nak terpaksa cuba resepi lain yang tak perlukan creamwell. Zie siap telefon adik dan sepupu di Malaysia yang masing2 pakar membuat kek icing dan deco2 kek ni. Mereka bagi resepi membuat icing tanpa menggunakan creamwell. Resepinya mudah aje dan hendak membuatnya pun senang.

Bahan2 buttercream:

Bahan A:
250g butter
200g icing sugar

Bahan B:
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh esen vanilla

putar A hingga sebati then masukkan B. Putar sampai kembang. Siap...

Patung barbie ni Zie bawa dari Malaysia... kat sini tak pasti ada jual atau tidak, tak pernah nampak. Kalau patung Barbie Amalia banyak la... boleh jugak guna yang tu, tapi kena basuh bersih2 dulu dan dibalut sebelum dimasukkan ditengah2 kek. Satu keje la pulak yer...

Bab nak mendeco2 ni pun satu hal... memang tak pernah buat. So cuba buat yang mana terlintas dipikiran je... ini la rupanya sebelum siap.

Hampir siap...

Taraaaaaa... ini la hasilnya, Barbie Doll cake hasil pertama Zie. Rasanya lepas ni makin convident nak buat... tunggukan kelahiran Barbie Doll Cake yang ke2 pulak.

13 January 2012

Kek karamel lagiii...

Semalam dah buat kek ni... hari ni buat lagi, memang kami makan sungguh kek ni... maklum lah dah lama tak makan. Ingatkan buat sebiji tahan la 3 atau 4 hari... tapi rupa2nya tak sampai 2 hari pun. Memang suka betul kami makan kek ni.

Hari ni Zie buat lagi kek ni sebab Zie plan nak bagi kengkawan yang teringin nak makan. Kesian pulak tambah2 lagi ada di antara member yang teringin makan kek ni sedang mengandung. Nanti ada pulak baby yang berair mulut...

Dapat lah mereka merasa sorang sikit. InsyaAllah lain kali Zie buat lagi. Rasanya Zie memang akan selalu buat kek ni sebabnya kek ni telah menjadi salah satu kek feveret kami selain daripada cheesecake. Lagi pun untuk kali ke3 ni Zie rasa semakin senang dan cepat nak membuatnya, siap boleh hafal dah resepinya. Tak sampai sejam pun jika dibandingkan first time Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam nak siap. Al maklumlah first time buat tak berapa nak cekap lagi.

12 January 2012

Kek karamel untuk kali ke2 hasilnya pun memuaskan...

Dah lama teringin nak buat kek karamel untuk kali ke2nya... Alhamdulillah untuk kali ke2 membuatnya Zie semakin faham dan dapat buat dalam masa yang lebih cepat jika dibandingkan masa pertama kali Zie buat dulu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Resepinya sama aje dengan yang sebelum ini... cuma warnanya aje berbeza, tambah satu lagi warna so nampak lah belang2 yang menarik ni.

Sebelum dipotong tak sabar nak tengok rupa di dalamnya...

Wahhhhhhhh... cantiknya, Aqil dan Amalia pun tak sabar2 suruh potong. Siap bersorak lagi masa Zie angkat potongan kek ni. Kami semua tak sabar2 nak makan... tak sempat sejukkan pun. Kalau makan yang sejuk lagi sedappp...

Suka tengok warna-warna yang cantik ni... lepas ni nak cuba warna lain pulak. Memasak ni memang kena ada seni jugak baru lah makanan yang dibuat dan dihidang nampak menarik, cantik dan yang paling penting sedap. Hepi sangat kalau hasil tangan sendiri menjadi dan famili suka... segala penat lelah hilang sekelip mata kalau famili suka makan makanan yang kite buat, Alhamdulillah...

21 October 2011

Rupanya cantik rasanya pun sungguh nikmat...

Salam semua apa kabar hari ni? Semoga semua sihat2 belaka... Hari ni Zie hepi sangat sebabnya apa yang berhajat dihati telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan Zie puashati sangat. Pagi2 lagi Zie bangun dengan penuh semangat... semangat apa tau? Semangat nak buat kek...hahaha... Kali ni Zie bukan buat kek biase2 tau, kek ni bukan calang2 kek, sesiapa yang tak confident nak buat mesti tak berani nak cuba. Fuhhhh... macam susah sangat yer nak buat kek ni. Apa jenis kek lah agaknya sampai macam ni sekali... Kalau sesiapa yang pernah makan kek ni mesti suka kek ni... nama kek ni ialah Kek Karamel. Atasnya karamel dan bawahnya kek. Memang sedapppppp...

Sebenarnya dah lama Zie dapat resepi kek ni dari kembar Zie... sebabnya dia pernah attend kelas belajar membuat kek ni di Kelantan. Kembar Zie ni namanya Ila, dia memang minat bab2 membaking dan membuat dessert tapi cuma dia tak tunjukkan je dalam blog atau FB... kalau ada pun sikit2 je... yer la orang sibuk bekerja dan sibuk melayan 5 orang anak, tak sempat pun nak berblog atau berFB. Dia lah yang memperkenalkan kek ni pada Zie. First time makan Zie terus jatuh cinta pada kek ni... sedap sangat. Adik Zie siap buat bisnes kek ni... kalau tak silap dia jual RM45.00 sebijik. Promote nampak hehehe... apa salahnya tolong orang nak berniaga. Masa kat Malaysia dulu takde pulak teringin belajar membuatnya sebab boleh makan yang orang buat... kat sini nak makan kena lah buat sendiri.

Dah lama nak buat kek ni tapi hari ni baru berjaya cekalkan hati untuk mencuba membuatnya. Kalau tengokkan bahan-bahannya tak lah susah atau banyak sangat. Cuma banyak step je untuk membuat kek ni. Itu yang rasa macam risau je nak buat kek ni. Rasanya Zie ambil masa 2 jam jugak untuk membuat kek ni.

Semasa kek sedang dibakar risau jugak kalau2 kek ni tak menjadi, kejap2 jenguk ke oven nak tengok keadaan kek Zie ni...tak sabar pun yer... Lepas masak dan sejukkan kejap hati ni rasa berdebar2 dup dap dup dap la pulak... macam mana nak terbalikkan kek ni? ,aca, susah je, tetapi lepas diterbalikkan (sambil diperhatikan oleh Amalia yang tak sabar2 jugak nak tengok kek ni menjadi atau tidak) Alhamdulillah hasilnya memang memuaskan, kek karamel Zie menjadi... legaaaaaaaaaa...

Lepas terbalikkan sepatutnya kek ni perlu disejukkan di dalam peti ais, tetapi memandangkan Zie dan terutamanya Amalia tak sabar2 nak makan Zie potong aje kek ni... hehehe... memang sedap! tak terkata rasanya... siap bersorak dengan Amalia... puashati sebab menjadi...

Jawabnya lepas ni ada lah pulak orang yang akan selalu suruh mamanya buat kek karamel ni... sapa lagi kalau bukan penggemar kek iaitu Nor Amalia Marsya. Memang rugi kalau sesiapa tak cuba membuat kek ni... kalau sesiapa nak cuba buat kek ni boleh lah ikut resepi di bawah ni. Terima kasih kepada Kak Azlita Aziz sebab memberi penerangan yang detail bagaimana cara nak membuat kek karamel ni. Sebelum2 ni Zie pernah jugak sekodeng ke dapur blogger2 lain yang pernah membuat kek ni, antaranya Kak Munira Baharum, Ijayuji, Umi dan ramai lagi. Kiranya Zie kena study sikit untuk membuat kek ni.


Kek Karamel

Sumber :
Nor Azila Ghani & Azlita Aziz

Bahan-bahannya:

Sediakan loyang saiz 8 inci.

Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Ratakan keseluruh loyang, biarkan sejuk dan ketepikan

Bahan Karamel
3/4 cawan atau 1/2 tin susu cair
70g gula castor
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur (telur saiz A)

1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata (jangan sampai berbuih).
4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi dan ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karamel yang tebal gandakan sukatan susu (3/4 tin) dan kuning telur (4 biji).

Adunan Kek
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak
140g tepung gandum
1 sudu teh baking powder

1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul rata dan ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jangan tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tatar
Peringatan *Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.

1. Pukul putih telur hingga berbuih.
2. Masukkan gula dan krim of tatar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku (Untuk pastikannya kental, kalau kita terbalikkan adunan putih telur itu tidak jatuh).
3. Masukkan 1/3 bahan merinque ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan gaulkan perlahan dengan kaedah kaup balik hingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
Letakkan pewarna yang kite sukai (kali ni Zie buat hijau dan pink).

Kaedah memasukkan adunan kek ke atas karamel :

Tuang 3 sudu lapisan hijau, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan hijau.
Ulangi sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yang sama dengan 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 170 darjah C.
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath (Double Boiling)

1. Tuangkan air panas dalam loyang yang lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yang berisi kek ke dalam loyang yang berisi air panas tadi.
3. Letakkan pada rak yang paling bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 170 darjah C dengan api bawah selama 1 jam.

Peringatan *
1. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
2. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
3. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
4. Potong kek bila ia benar-benar sejuk (Zie tak sempat tunggu sejuk pun... tak sabar nak makan hehehe...)
5. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama dan lebih sedap (kek ni boleh tahan 5 hari kalau simpan di dalam peti ais).

Kepada kengkawan yang nak try buat selamat mencuba!. Try laaa... memang sedap kek ni... tak rugi kalau mencuba.

13 October 2011

Dah lama tak makan kek pisang...

Dah lama tak makan kek pisang, iaitu semenjak harga pisang yang sangat mahal. Bayangkan 1kg sampai berbelas2 dolar fuhhhhhh... mahal betul. Tapi kadang2 tu beli jugak kalau Aqil dan Amalia nak makan. Katanya pisang jadi mahal sebab kes Queensland banjir hari tu... pisang memang diimport dari sana la kot. Bayangkan sebelum ni harganya $1.69 sekilo tapi sekarang mencecah belas2 dolar. Nak makan pun pendam aje lah... biar anak2 je yang makan. Kali ni buat kek pisang pun sebab Gina bagi pisang. Dah siap kami makan sama2... Zie jemput Gina minum petang di rumah. Nak buat kek ni tak lah susah sangat dan bahan2nya pun tak lah cerewet... yang penting cukup pisangnya, jadi lah kek pisang yang sedap ni. Resepi boleh tengok sini yer...

13 September 2011

Kek lapis kukus masam manis

Dah lama rasanya Zie tak buat kek ni... ingatkan nak buat masa raya baru ni, tapi tak berkesempatan... senang je nak buat kek ni.

Bahan2 :

2 ½ cwn biskut marie - kisar
1 cwn gula
1 cwn butter
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla/rose
2 pewarna (ikut suka nak letak warna apa)
Asam manis

Cara membuatnya:

1. Putar butter dengan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur one by one. Seterusnya masukkan esen dan biskut yang telah dikisar.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna.
3. Kukus selapis2 dan diletakkan asam manis disetiap lapisan, kena banyak sabar nak buat lapisan2 ni supaya nampak cantik. (Zie buat ikut suka aje... huhuuu... macam mana nak buat kek lapis Sarawak ni, kalau yang ni pun dah tak tahan). Setiap lapiasan ambil masa lebih kurang 5 minit nak masak... untuk yang last kena kukus lama sikit... lebih kurang 10-15 minit (nak pastikan masak ke tidak cucuk lah dengan lidi... kalau lidi licin maknanya dah masak la tu). Sejukkan sebelum makan...

Amalia tak sabar2 nak makan...

19 December 2010

Kek span atau kek gula hangus

Aqil teringin nak makan kek span, so terpaksa la aku membuatnya... aku pun boleh makan sama. Memang dah lama rasanya tak buat kek span ni. Kononnya bangun awal nak buat cepat2 sebelum Yaya bangun, tapi lepas bukak laktop dan melayan FB melekat la pulak. Baru nak sukat tepung Yaya dah bangun. So ada la pembantu chef jugak. Tapi boleh tengok je tau...

Bahan2:
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sb soda bikarbonat
1 cawan susu pekat
2 sb majerin
4 biji telur
2 cawan gula dan 2 cawan air untuk buat gula hangus
aisin vanila

Cara membuatnya:
1. masak gula hangus, sejuk dan ketepikan;
2. kacau mentega, masukkan telur - pukul sebati;
3. masukkan tepung, soda. aisin dan susu pekat - kacau;
4. masukkan gula gula hangus dalam bacuhan tepung - kacau hingga sebati;
5. masukkan dalam acuan dan bakar dalam suhu 180*C selama 45 minit.

Tak sangka la menjadi pulak kali ni... memang puashati. Kadang2 jadi kadang2 tak. Bukan tak jadi apa... kalau sarangnya tak banyak bagi aku tak jadi la tu... padahal resepinya sama. Alhamdulillah kali ni ok.

*boleh jugak masukkan majerin ke dalam gula hangus.

29 September 2010

Kek Pelangi

Hari ni Yaya menangis2 nak suruh aku buat kek. Padahal bukannya Yaya nak makan sangat tetapi minat nak membuatnya, Nasib baik semua bahan dah ada. Untuk memenuhi permintaan Yaya aku buat la kek pelangi ni. Bukan main seronok dia dapat tengok mamanya buat kek.

Untung ada mixer ni, senang la keje aku nak buat apa2 terutama membuat kek yang memerlukan putaran yang agak lama supaya gula dan butter kembang atau putih. nak kacau dengan tangan boleh jugak tapi melenguhkan tangan dan melambatkan keje je...

Ni la rupa kek pelangi sebelum masuk oven...

Selepas menunggu selama 45 minit dengan suhu 180 degree... maka masak la kek pelangi yang dibuat.

Naik elok jeee...

Pandangan bawah...

Tak sabar2 nak tengok rupanya... jadi corak pelangi ke jadi corak apa?

Tak macam pelangi pun...

KEK PELANGI

Bahan

1 cawan butter
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 s/k esen vanilla
1 cawan tepung naik sendiri ] ayakkan
1 cawan tepung kastad ]
1 s/k coklat emulco
pewarna merah

Cara-cara :
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen rose.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan tepung kastad.
5. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
6. Masukkan coklat emulco dalam 1 mangkuk.
7. Masukkan pewarna merah dalam 1 mangkuk lagi.
8. Masukkan adunan warna asal dalam cake pan.
9. Masukkan warna koko dan diikuti dengan warna merah.
10. Bakarkan dalam oven dengan suhu 180'C selama 45 - 50 minit.

24 August 2010

Kek Pisang

Semalam Zie tengok ada pisang di dapur dan memandangkan kebosanan melanda Zie cuba la buat kek pisang ni. Alhamdulillah menjadi, boleh makan untuk berbuka dan siap boleh bagi pada jiran terdekat lagi. Yaya bukan main excited bila dengar mamanya nak making cake. Rupa2nya nak membuat kek ni mudah sangat.

Sebelum masuk oven...

Selepas 45 minit... dah masak.


Sedap sangat... gebu dan lembut aje... Alhamdulillah percubaan pertama menjadi. Lepas ni tak payah dah nak beli kek pisang, nak makan boleh buat aje sendiri. Tapi kena ada kerajinan laaa...

Bahan-bahan :

4 biji pisang sederhana besar
3 biji telur sederhana besar
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 sudu teh bicarbonat soda
secubit garam

Cara-cara :
1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2.Masukkan pisang yang telah dilenyek.
3.Kemudian masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan bicarbonat soda.
4.Akhir sekali masukkan minyak. Kacau hingga sebati.
5.Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin/ oil spray.
6.Bakar hingga masak selama 45 minit

Selamat mencuba!