Showing posts with label Aktiviti masa balik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti masa balik Malaysia. Show all posts

18 January 2011

Jenguk kedai Wak kejap...






Masa balik Malaysia kami sempat ke kedai Wak di Hotel Quality Shah Alam... 2 kali jugak kami pergi. Tak banyak perubahan... tapi selain perfumes Wak juga menjual handbags dan pakaian. Semoga bisnes Wak semakin success dan satu lagi semoga Wak cepat2 dapat baby...

14 January 2011

Kena settlekan semuanya...

Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Kajang.
jJPJ Bangi di Seksyen 7

Gara2 purse aku hilang masa ke Brighton, 2 hari balik Malaysia terus je aku pergi buat report di Balai Polis Bangi. Sebabnya untuk buat IC dan lesen baru kena ada police report dulu. Ke hulu-ke hilir la kami... lepas balai polis, ke JPJ, lepas JPJ ke Jabatan Pendaftaran. Akhirnya semua dapat disiapkan dalam masa 2 hari.

Geram jugak rasa masa nak buat IC sebab aku dikenakan bayaran RM110 sebab kata orang kaunter tu IC hilang bukan sebab dicuri. Pelik betul dah hilang tu dah tentu la aku tak tahu sama ada dicuri atau jatuh. Kesimpulannya memang purse aku hilang, sama je bendanya. Kalau aku tahu dicuri tak dikenakan bayaran baik aku cakap dicuri je... geram je rasa. Takan aku nak tipu masa buat police report... sebab aku memang tak pasti purse aku hilang disebabkan dicuri atau jatuh. Buat duit betullll...

Harap2 jangan berulang lagi perkara2 macam ni... menyusahkan je.