04 January 2011

Surprise besday dari hubby...

Hari ni besday aku... hubby nak ke Uni. sebab dah lama bercuti dan tak buat keje2 PhDnya. Aku dan anak2 dok rumah je la macam biase dok layan FB. Masa chat dengan hubby, dia cakap nak balik awal sebab nak bersama aku (dok rumah la... jangan ingat lain pulak yer) sempena besday aku ni. Aku tak cakap apa pun. Balik je la boleh layan anak2 sama.

Lebih kurang pukul 1 lebih hubby dah terpacak depan pintu dan terus panggil aku sambil menunjukkan bag plastik pada aku. Ingatkan apa... aku ingat barang dapur yang dibeli di wolis. Rupa2nya kek besday untuk aku. Laaa... ada jugak kek besday tahun ni, ingatkan takde.

Lepas letak bag dalam bilik, hubby keluar dan bagi pulak coklat dan kad sambil ucapkan "Happy Besday" dan cium pipiku. Terharu dan happy sangat. Terima kasih abang.


"Happy besday to you... happy besday to you... happy besday to mamaaa..." Malam tadi hubby tiba2 sedar jam 12 lebih dan nyanyikan lagu ni untuk aku... ingatkan itu aje, rupa2nya ada surprise untuk aku hari ni.

Semuanya makanan feveret aku... chesscake dan coklat.

Isi kad ni paling bermakna bagi aku.

"Hepi besday mama", thanks Aqil and Yaya. Cayang anak2 mama. Kite share kegembiraan ni bersama. Thanks to papa sebab membuatkan kite sentiasa hepi dan bahagia.

Terima kasih abang sebab membuatkan hari jadi Zie amat bermakna.

Aqil nak tahu apa yang papa ucapkan pada mama... jadi papa kena la bacakan untuk semua. Terlupa pulak nak rakam kalau tidak boleh tunjuk pada anak cucu suatu hari nanti.

Yaya tak sabar2 nak potong kek... memang suka betul dia bila nampak hubby bawa balik kek ni.

Time to eat... yummy...

Thanks for everything... cayang abang. Boleh dikatakan tiap2 tahun macam ni. Tapi besday abang takde pulak apa2 surprise dari Zie... bukan apa abang yang taknak... pernah sekali aku beli baju kemeja kononnya nak buat surprise, tengok2 hubby tak berkenan sebab design baju tu menyebabkan hubby nampak makin boroi (masa di Malaysia perut hubbyku agak maju ke depan... hehehe... jangan marah ye abang). Dah la masa nak beli baju tu bukan main lama aku memilih sambil mendukung Aqil dan aku pregnant pulak tu... letih tau nak pilih yang betul2 ok. Tengok2 tuan punya diri tak berkenan... tak ke frust kawan masa tu. Jadi baju tu terpaksa bagi pada adik aku. Sejak dari tu aku malas nak buat surprise2 dah dan hubby cakap kalau nak beli apa2 untuk dia bawak dia sekali. Kalau macam tu bukan surprise namanya .

InsyaAllah kalau ada rezeki Zie belikan abang sesuatu untuk besday tahun ni... ye ke?. Tengok2 sebaliknya... biasenya di Malaysia masa besday sapa2 pun kami akan raikan dengan pergi makan2 di tempat2 yang special. Kat sini susah la... kedai halal semuanya jauh2 dari rumah kami. Pernah jugak masa besday hubby, aku pulak yang dapat hadiah. Ok tak macam tu... mesti la ok, sapa taknak hadiah kan... Tapi peliknya besday orang lain, orang lain pulak dapat hadiah, hehehe... takpa la yang penting semua hepi dan keluarga kami sentiasa bahagia. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kami. Amin.

No comments:

Post a Comment