Perkara pertama yang aku nak buat masa sampai di bumi Malaysia ialah nak cabut gigi... dah lama aku tahan sakit. Alhamdulillah masa dekat2 nak balik Malaysia dan di Melbourne tak sakit. Sebelum itu aku bertahan dengan makan panadol dan minum air bacaan Yassin serta berdoa kepada Tuhan supaya gigi aku tak sakit. Alhamdulillah ok. Tup2 naik je flight nak balik Malaysia terus gigi aku sakit. Memang tahu2 je tuannya nak balik Malaysia.
Dari airport Eg ambil kami dan kami terus ke rumah Eg di Shah Alam. Aku memang dah tak tahan, rasa nak terus ke klinik gigi, tapi tak boleh sebab Eg keje. Akhirnya terpaksa telefon Wak suruh datang bawak aku ke klinik gigi. Lepas Zohor Wak datang dan kami terus pergi ke klinik gigi di Seksyen 7, Shah Alam.

Nampak je Klinik Gigi ni aku terus suruh Wak berhenti... Tapi Wak kata dia nak pergi tengok dulu ok atau tidak klinik ni. Kalau ikut Wak dia nak cari klinik yang lebih elok lagi Bagi aku tak payah la sebab memang dah tak tahan sangat sakitnya. Aku terus menuju ke klinik ini dan mendaftar. Kena menunggu lama jugak sebab ada 4 orang sedang menunggu giliran. Tunggu je laaa.....
Tiba giliran aku, aku suruh je doktor gigi buat semua iaitu cabut mana gigi yang sakit, tampal dan cuci. Kalau ikut doktor tu tempat yang sakit tu giginya macam takde masalah. Dia suruh aku bertahan dulu, dia pun confuse sebab tempat yang aku sakit tu giginya ok. Tapi masalahnya kat situ la yang aku rasa sakit walaupun lepas di cuci. Katanya bahagian atas yang nampak berlubang dan dia buat tampalan sementara... kalau rasa sakit kena datang balik and buat tampalan kekal. Lepas buat semua tu gigi aku tetap sakit macam sebelumnya jugak. Doktor tu suruh aku tahan dulu sehari dua. Aku cakap taknak... aku suruh je dia cabut sebab sakitnya sama je macam sebelum ni. Akhirnya doktor tu terpaksa jugak cabut gigi geraham bongsuku ini.
Lepas cabut rasa sakit lagi... kali ni sakit sebab bekas cabut tu pulak, timbul pulak masalah lain. Ye la aku baru sampai Malaysia mesti la rasa nak makan macam2 tapi tak boleh... sebab gusi tempat gigi yang dicabut tadi masih berdarah. Huhuuuuuu... seksanya rasa. Tapi apa2 pun yang penting aku harap gigi aku tak sakit dah lepas ni. Huhuuuu... duit aku terbang banyak jugak pasal gigi ni... tapi takpa lah asalkan aku tak terseksa kesakitan.lagi. Kalau nak compare dengan harga di Oz masih murah di Malaysia. Huuuh... lega rasaaaaaa...

No comments:
Post a Comment