Baru pertama kali nak travel tup2 flight delay pulak... bukan main lagi kami bangun pagi2 buta iaitu jam 3.30 pagi, jam 4 dah bergerak ke airport. Sampai2 je di balai berlepas tengok2 flight ke Melbourne delay, lama pulak tu. Sepatutnya kami terbang jam 6.50 pagi ditunda kepada jam 9.50 pagi. Lama betul 3 jam nak buat apa di airport ni... nak tak nak kena la melanggok kat airport ni. Takan nak balik rumah pulak. Orang cakap Jet Star jarang delay... yang selalu delay Tiger, tengok2 terkena la pulak pada kami, takpa la nak buat macam mana terpaksa hadapi je laaaaaa...
Untuk hilangkan bosan Aqil dan Yaya aku bawak mereka berdua bermain di indoor playground... Aqil dan Yaya takde mood nak main sebab lama sangat... pikiran pun dok pikir nak naik kapalterbang dan jalan2, sebab tu la mood nak main takde.
Di atas kelewatan ni kami di beri kupon bernilai AUD8 setiap orang untuk beli makanan dan minuman. Kami habiskan kesemua kupon tu... kalau tidak rugi nanti.
Sementara menunggu tu dah berapa penerbangan berlepas... kami punya je yang delay. Yang ke Melbourne pun ada jam 7.50 pagi kalau aku tak silap. Aku perasan ada penumpang yang sama masa penerbangan dengan kami fly lebih awal. Aku suruh hubby pergi tanya di kaunter. rupa2nya kite boleh tukar tiket tanpa dikenakan sebarang charge itu pun kalau flight tak penuh. Kalau tahu awal2 lagi kami dah tukar. Takpa ini sebagai pengajaran... tapi lepas2 ni kalau boleh taknak dah delay2 macam ni, menyusahkan dan ganggu program kami je... rugi2. Akhirnya kapal terbang yang ditunggu2 sampai... rupa2nya kapal terbang ni tersangkut di Darwin, kalau ikutkan malam tadi lagi sampai tetapi disebabkan cuaca buruk penerbangan ke Adelaide terpaksa ditangguhkan.
Baru boleh senyum... ye la sapa tak sakit hatikan kalau lama menunggu... dah la masa yang ada singkat je nak jalan2 di Melbourne.
No comments:
Post a Comment