11 January 2011

Masa untuk makan...

Selepas penat berjalan Sue bawa kami makan di sini... betapa hepinya dapat tengok ada Old Town Kopitiam di bandar Melbourne ini, sama macam kopitiam2 di Malaysia. Tak sabar rasanya nak menikmati makanan2 di sini.


Dalam keadaan lapar selepas penat berjalan semua makanan dalam menu ini nampak sedap jeee... nak makan apa yer?

Aqil memilih nak makan otak2 ini... tapi otak2 ni tak sama dengan otak2 di Malaysia... otak2 Melbourne besar dan banyak isinya, selain tu dimakan dengan sambal dan timun.

Ini menu pilihan Yaya... salt and pepper squid

Tak terhabis Aqil nak memakannya... kalau otak2 di Malaysia 5 pun tak cukup. Selebihnya terpaksa la hubby habiskan.

Makanan pilihan aku sudah tentunya roti canai telur dan teh ais ini... sejak ke Adelaide kami tak pernah makan roti canai telur macam ni... yang ada cuma roti canai frozen. Roti canai Melbourne ni lain...ianya lebih tebal, makan sebijik pun dah cukup... kenyanggggggg... harganya AUD4.90 sebijik.

Menurut Sue banyak restoran halal di Melbourne ni... tak susah kalau nak makan... KFC halal pun ada, tapi kami rasa tak sempat nak pergi. Restoran Nelayan pun ada... dan macam2 lagi. Takpa dapat makan roti canai telur ni pun Alhamdulillah. Yang lain2 tu boleh makan di Malaysia nanti. Perut dah kenyang, lepas ni nak ke mana pulak yer?

No comments:

Post a Comment