Cute betul peguin2 ni... kalau la dapat pegang lagi best kot, tapi tak boleh... Yaya paling hepi dapat tengok peguin ni, "pingu...pingu..." Yaya cakap.
Entah ikan apa dalam ni... geli semacam je aku tengok, paling geli masa ni ada binatang ala2 biawak gitu terlepas masuk dalam kolam ni... besar pulak tu, aku memang geli dengan binatang2 macam cicak2 gitu... tambah2 lagi yang ni besar pulak.... hiiiiiiiiii... geliiiiiiii...
Ikan pari...
Aqil dan Yaya nak tampal sticker ke apa ke bendanya orang panggil... gambar shark
Taraaaaaaaa... ni la rupanya shark tu...
Masa ni kami nak tengok show di dalam air... bukan main lama kami tunggu. Aqil la yang beria nak tengok sangat tapi bukannya best pun... last2 kami angkat punggung keluar.
Entah apa ke benda yang dibuat oleh mereka, macam baru nak belajar snorkeling je... buang masa je kami tunggu. Aqil dan Yaya pun tak berminat nak tengok kalau setakat dok terkapai2 dalam air macam tu je... Aqil nak tengok shark tapi tak keluar2 pun sharknya. Lebih baik pergi tempat lain. Takpa la Aqil tadii dah banyak shark yang kite tengok... macam2 rupa ada.
Sebelum keluar kami beli barang2 kat sini. Sama macam Aquaria di KLCC jugak... masa nak keluar ada jual barang yang berkaitan... aku just beli fridge magnetic je sebagai kenangan pernah datang sini. Untuk Aqil dan Yaya aku belikan T-shirt dan mainan yang mereka nak. Hubby beli cap untuk menambah koleksinya. Barang2 kat sini agak mahal tambah2 kalau diconvert... huhuuuuu... banyak jugak AUD habis kat sini.
No comments:
Post a Comment