Alhamdulillah kami selamat sampai di airport Melbourne. Rasa excited jugak nak jalan2 di sini. Tapi tak berkesempatan kerana suami Sue akan datang jemput kami. Banyak jugak kedai2 yang menarik perhatian aku. Tapi dapat jeling dari jauh je la...
Masa nak ambik troli ni kami tak tahu rupa2nya kena bayar... iaitu kena masukkan duit $4 baru tayarnya boleh keluar. Patut la hubby tarik punya tarik tayarnya asyik melekat... ingatkan tayarnya rosak... rupa2nya kami tak perasan ada mesin yang perlu dimasukkan duit. Buat duit betul, bayangkan satu troli $4 sehari berapa ramai orang guna dan troli ni pulak bukannya mudah rosak... setiap satu troli dapat hasilkan berapa banyak duit. Kaya... kaya... tak pernah2 kami ke mana2 airport yang trolinya kena bayar kalau nak guna.
Nak taknak memang terpaksa guna troli sebab barang2 kami ni agak banyak... takan nak pikul pulakkan.
Masa kami sampai Melbourne hujan... mujur la tak lebat. Suasana di sini agak lengang macam Adelaide jugak. Airport Melbourne agak berdekatan dengan bangunan2 lain.
No comments:
Post a Comment