Selepas masuk Melbourne Aquarium kami ke Eureka Skydeck. Kami janji berjumpa Sue and famili di sini. Mereka tak ke Melbourne Aquarium sebab dah pernah pergi. Sementara kami di Melbourne Aquarium tadi mereka ke DFO.
Bangunan ni la yang kami akan naik ke puncaknya. Ketinggian bangunan ni ialah setinggi 88 tingkat... dari puncaknya kite akan dapat melihat permandangan seluruh Melbourne.
Ni bahagian luar... rasa gayat jugak masa ni, dah la berangin... ambik gambar pun cepat2 je, takuttt... pikir macam2 masa ni. Lepas bergambar terus masuk dalam.
Masing2 nak tengok menerusi teropong ni... Aqil sibuk nak teropong stadium Melbourne, tahu la Aqil minat soccer... Yaya entah apa yang diteropongnya...
Di atas bangunan ni ada peti surat, iaitu peti surat yang paling tinggi... masalahnya ada ke orang datang ke sini semata2 nak pos surat dari sini... nak masuk pun kena bayar. Tapi maybe adakan?
Tak kira di mana... di darat atau di bangunan setinggi ini ais krim tetap menjadi pilihan Yaya di mana dia berada. Ada la pulak cafe di atas ni yang menjualnya... jadi dah nampak terus la Yaya nak beli. Memang hantu ais krim betul la anak mama sorang ni... sebenarnya mama pun sama hehehe...
Sebelum balik kena la beli sesuatu sebagai kenangan... apa lagi kalau bukan fridge magnetic. Tak banyak pilihan... tapi beli je la...
Aqil dan Yaya pun nak beli barang2 mereka... Aqil apa lagi kalau bukan bola dan Yaya dengan barangnya.
Eiii, takutnya Kak Azie weiiii !!!!
ReplyDelete