Lepas cabut gigi timbul pulak masalah lain... masalahnya susah nak makan. Terpaksa la aku makan nasi bubur. Wak bawak kami makan di Seksyen 11 Shah Alam.
Aqil dan Yaya seronok dapat makan makanan2 ni, maklum la lama tak makan. Semua makanan dimakan oleh mereka serba sedikit. Ye la dok di Adelaide asyik makan kat rumah je... bosan la. Ni dah balik Malaysia mesti la nak makan macam2 dan makan di luar je... Aku pun plan tak nak masak masa balik Malaysia ni... nak stop aktiviti masak- memasak kejap. Nak makan luar jeeee... ooooohhhhhh... sedapnya...
Otak2 ni Aqil dan Yaya memang suka sangat makan... aku jarang nak makan otak2, tapi kali ni aku makan dan rasa sedap pulak. Maybe sebab lama tak jumpa, peliknya makanan yang aku tak suka pun rasa sedap hehehe... sebabnya made in Malaysia.
Yang ni aku paling suka, tapi huhuuuuuuu... tak boleh nak makan sebab tak boleh menguyah, gusi ku masih berdarah. Geram je rasa, dah la lama tak makan tapi sekarang dah ada di depan mata tak boleh nak makan pulak. Aku siap tapaw bawak balik yang belum goreng lagi... sedapppp... memang makanan feveret aku ni.
Chicken chop untuk Aqil dan Yaya... syok ye balik Malaysia dapat makan macam2... ni baru sekerat hari dah macam2 kami makan. Bayangkan dalam masa 6 minggu ni banyak mana kami nak makan.
No comments:
Post a Comment