11 January 2011

First time naik tram

Senang je nak ke city just naik tram... dari rumah Sue lebih kurang 2 minit je nak ke tempat menunggu tram ni. Bayarannya tak la mahal sangat, kalau tak silap tiket orang dewasa hanya $3 lebih. Kanak2 free je. Tiket ni boleh digunakan sepanjang hari ke mana sahaja kite pergi. Nak ulang-alik banyak kali pun takpa.

Ini la tempat kami tunggu untuk naik tram ke city, stop 36.

Tak sabar nak jalan2... dah berapa jam rugi akibat flight delay... kalau tidak pagi2 lagi kami dah boleh jalan2 di Melbourne. Terganggu program yang Sue telah aturkan untuk kami. Walaupun hujan kami terpaksa keluar jugak sebab nak kejar masa yang singkat. Kalau tak jalan2 rugi la.


Laluan tram... sebelah laluan ni untuk laluan kenderaan lain. Memang senang nak ke mana2 sebab tram sentiasa ada dan datang tepat pada masanya mengikut scedule yang disediakan di setiap perhentian.

Ini la rupanya tram tersebut...

Hepi... masing2 excited tengok view dan pembangunan di Melbourne.

Kenapa Aqil ni... semacam je, letih ke?

Hepi sekali-sekala dapat bercuti dan jalan2 macam ni.

First time aku dan Yaya naik tram... tram di Adelaide pun aku tak pernah naik lagi. Hubby dan Aqil dah pernah naik. Kami berdua tak berkesempatan lagi... entah bila la hubby nak bawak kami. Ke mana sahaja destinasi yang dituju kami naik tram ni je, senang dan save. Satu pengalaman dan perkara baru bagiku dan Yaya.

No comments:

Post a Comment