Dah lama hajat kami nak jemput kawan2 terdekat untuk makan nasi kerabu. Hari ni baru terlaksana... bukannya apa nak buat kadang2 bahan tak cukup... tu yang asyik tertangguh jeee... nasi kerabu ni bahannya banyak jugak, so nak buat kena semua bahan ada baru la sedap. Ini pun takde keropok keping, ikan celup tepung dan telur asin... kalau ada lebih nyakuk ore kelate cakap, maknanya lebih sedap la... takpa la dok negara orang ni kalau nak complete susah la... ini pun kira ok la ada daun kesom, budu, lada untuk buat solok dan lain2... tetap terasa nasi kerabunya.
Dah siap... ready untuk ke park... aku goreng ayam je... kalau daging bakar atau ayam percik lagi sedap... nak cepat so buat goreng ayam je la...
Kalau ikutkan nasi kerabu kelantan warna biru... tapi sini takde bungannya so aku buat la warna kuning... memang masa dok bangi pun aku suka buat warna kuning je. Masa masak tu letak serbuk kunyit sikit dan daun pandan supaya nasi wangi.
Sampai je di park Aqil dan Yaya terus nak main... tak sabar2 lagi... kami plan buat di park supaya anak2 senang nak main sesama mereka dan kaum ibu apa pulak boleh berborak sesama mereka... senang kalau buat di rumah... sempit dan satu lagi anak2 cepat bosan, so tak boleh borak panjang. Pada awalnya cuaca macam nak hujan tapi lepas tu ok pulak... tapi angin la pulak sejuk betul hari ni... menggigil jugak dibuatnya.
Masa ni ramai lagi yang tak datang... so mana yang sampai awal tu boleh la menjamu selera dulu... masing2 bawak makanan pulak, so boleh la makan makanan lain selain dari nasi kerabu. Thanks Gina yang bawa air dan sanwich, Syura bawa pancake... yang lain2 tentu bawak makanan jugak... Thanks jugak kepada Gina dan Khairezan sebab tolong ambik dan tumpangkan separuh daripada makanan ni.... maklum la kete kami bonet belakang tak boleh bukak. Entah bila la bonet tu nak ok... kadang2 geram jugak...
Tu dia budu pun ada... tak pasti sini ada ke tak jual budu. Budu ni abang Din punya (tuan rumah kami sebelum ni...) dah lama tak terusik dok dalam almari. Hari ni baru terusik sebab nak makan dengan nasi kerabu. Kalau ikut kami takde budu pun takpa. Tapi benda dah ada bawak je la.
Hubby dah tak sabar nak makan nampaknya... memang hubby dah lama suruh buat nasi kerabu sebab dia pun teringin nak makan. So hari ni dapat la makan puas2 dengan kengkawan yer...
Masa hubby nak start makan dia terasa kekurangan sesuatu... rupa2nya tumis terlupa bawak. Cepat2 hubby balik ambik... mujur la rumah dekat, kalau tidak makan tanpa tumis la, tapi kalau makan tanpa tumis pun takpa tapi dah biase makan dengan tumis tak sedap la pulak kalau takde. Aku terlupa sebab tadi macam tak confirm nak makan di park atau rumah sebab cuaca kejap ok kejap tak... tu yang tertinggal tu. sabar yer Shibi and Syura... makan slow2 tunggu tumis sampai dulu...
Aqil dan Danish nak makan dulu... lepas ni continue balik main yer... makan kenyang2 yer... susah tau nak buat nasi kerabu ni... Aqil pun memang suka makan nasi kerabu.
Yaya pun nak makan sama... kesian Yaya kesejukan masa ni, aku tengok dari jauh Yaya siap menggigil... harap2 jangan demam la. Khairezan dok melayan budak2 ni... mana bapak2 yang lain... mesti syok dok menjamu selera...
Thanks Kak Shida dan famili... Haji Arif takde la pulak yer kali ni, takpa lain kali kalau ada rezeki boleh buat makan2 lagi.
Masing2 bawak makanan... banyak la pulak jadinya makanan hari ni... memang kat sini kalau ada je sesapa jemput makan mesti tetamu akan bawa makanan, potluck memang menjadi kewajipan kat sini. Awal2 dulu aku tak tahu... sekarang baru aku faham adat kat sini. Tak kisah la bawa apa saje asalkan bawa sesuatu... makanan atau minuman tak kisah. Tu yang menyebabkan makanan banyak, kadang2 tak termakan dibuatnya...
Thanks jugak kepada Ayu & Man kerana sudi datang. Ayu dan Gina ni berjiran... Januari ni Ayu & famili dah nak balik terus ke Malaysia. Mereka akan balik Trengganu. Agak2nya ni jamuan terakhir Ayu bersama kami kot. Takpa la nanti di Malaysia kite boleh jumpa lagi. Kite jumpa di tepi pantai Ganu pulak... borak2 sambil makan kepok lekor... ooohhhhhh... sedapnyaaa... Gina pulak akan dapat jiran baru Januari ni... harap2 jiran baru ni pun spoting macam Ayu and Man la yer...?
Sambil makan sambil berborak... best jugak sekali-sekala berjumpa macam ni. Banyak topik nak dibualkan... topik GS tidak ketinggalan. Time berjumpa macam ni la kami dapat kongsi2 cerite dan tahu hal masing2. Kalau tidak payah nak berjumpa, masing2 busy dengan aktiviti masing2. Terima kasih kepada yang sudi datang. Najwa & famili je tak dapat datang sebab ada hal. Harap2 semua berpuashati dapat makan nasi kerabu yang aku buat, kalau tak sedap tu sory la yer... InsyaAllah kalau ada rezeki boleh buat makan2 macam ni lagi.
No comments:
Post a Comment