21 November 2010

Panasnya!!!

Mak aiiiiiiiiii... baru aku tahu macam mana rasanya panas di bumi Adelaide ni. Padahal ni baru 35 degree... hubby cakap pernah sampai 45 degree. 35 degree pun dah rasa tak tahan macam mana la kalau sampai 45 degree. Panas sini panas kering memang tak tahan sampai sakit kepala dibuatnya. Dok dalam rumah pun rasa bahangnya... nak kuar rumah memang aku tak sanggup. Hari ni hubby tak ke Uni. sebab tak sanggup meredah panas.

Nak buat keje pun takde mood dibuatnya... time sejuk lain citenya, tak tahan jugak... ni time panas lain pulak citenya... huhhhhh.... Masa sejuk dok kalut pasang heater... sekarang dah panas kalut pulak dok pasang kipas, portable aircond and cooler. Syoknya kalau rumah aku ni ada aircond... tapi sure bil elektrik melambung2. Yaya tak boleh tido kalau tak pasang kipas... (alamak rumah sapa ni bersepah2... bersepah2 dengan mainan Yaya).

Yaya pun dah mula menyeksi sebab panas sangat. Time panas2 memang nikmat kalau dapat makan ais krim. Tapi buat pengetahuan semua time winter pun Yaya makan ais krim... peduli apa dia sejuk ke apa sebab ais krim dan Yaya memang tak dapat dipisahkan hehehe... betul tak Yaya?. Ni kan pulak time cuaca panas macam ni lagi la laju Yaya makan ais krim dan stok ais krim memang kena ada sokmo. Yaya tak kira pagi2 pun dia akan makan ais krim. Sebenarnya mama dia pun suka makan ais krim hehehe...

Cekcinya Yaya... walaupun kepanasan games dan nan na na (lagu hindustan) tetap menjadi pujaan Yaya, siap tak berbaju tuuu... kalau la Shahrukh Khan tengok mesti bangga dia. Kejap2 main games, kejap2 tengok nan na na, kejap2 tengok orang buat kek... ini la aktiviti Yaya sejak akhir2 ni. Mainan pun tak terusik dah. Busy layan internet... siap hubby cakap mengalahkan orang yang buat PhD... ye la mana taknya bangun tido terus tanya laktop mana? sebelum tido laktop depan muka... kadang2 tengok2 Yaya dah tertido depan laktop. Masalah jugak yer kalau kecik2 dah celik IT ni... kalau benda berfaedah takpa la jugak...


Panas2 ni aku pun dah mula buat ais batu... Yaya orang paling seronok bila tengok aku buat ais batu. Tak sabar2 dia nak makan. Kejap2 pergi cek. kejap2 dia pergi picit... dok tanya dah keras ke belum?. Bila dah keras terus nak makan... siap kunyah2 lagi. Ye la bila lagi nak minum ais, time panas macam ni la kan Yaya?. Time macam ni mula la dok bayangkan ABC, air cendul, laici kang dan macam2 lagi. Sedapnya... lepas ni nak cuba buat ABC lah... mesinnya dah ada.

Aku jugak asyik dok pikirkan pasal Aqil. Kesian dok pikirkan Aqil di sekolah... harap2 cikgu kurangkan aktiviti outdoor dalam cuaca panas macam ni. Risau dibuatnya... Aqil pulak jenis yang suka main bola sepak. Aku dan hubby siap pesan macam2 pada Aqil... "jangan main tempat panas", "pakai topi...", "minum air banyak2..." dan macam2 lagi. Bukannya apa musim panas ni lain pulak jenis penyakitnya kot. Harap2 Aqil buat la apa yang kami suruh. Sebelum ke sekolah hubby dah siap pakaikan sunsceen pada Aqil... sini panas pedih dan rasa membakar kulit hubby cakap... entah yer ke tidak tak tahu la... malas nak cuba kuar, tak sanggup panassssssssss....

Summer bakal menjelma tak lama lagi... harap2 kami dapat bertahan dan semoga Tuhan jauhi kami daripada sebarang masalah dan penyakit. Amin.

No comments:

Post a Comment