09 November 2010

Yaya teringin nak makan kuih hijau...

Bangun je pagi ni Yaya ajak aku ke pasar Bangi, katanya "nak beli kuih hijau". Aku tanya Yaya kuih apa?. Yaya cakap kuih hijau laaa... aku cuba sebut beberapa jenis kuih... Yaya cakap "bukan". Pening jugak dibuatnya. Tiba2 aku teringat kamus bergambar yang kami bawa dari Malaysia dan tunjukkan gambar2 kuih dalam tu. Aku suruh Yaya tunjukkan kuih yang mana satu... akhirnya Yaya tunjukkan kuih lapis (of course la Yaya suka sebab warna pink... bertukar la pulak, awal2 tadi nak kuih hijau sekarang nak kuih pink) dan kuih bahulu. Yaya cakap "Yaya nak dua2". Aku cakap kite buat satu je dulu iaitu kuih lapis... bahulu lain kali sebab tepung dah habis (alasan je ni...). So terpaksa la aku buat kuih lapis hari ni demi Yaya cayang bucuk... Aqil pun mesti hepi sebab Aqil suka makan kuih lapis ni masa dok Bangi. Nak buat kuih ni kena tahu resepi dan cara membuatnya... so terus aku cari resepi di internet... dan jumpa la resepi hanieliza ni.


Ni la rupanya kuih lapis aku... tak sempat sejuk Yaya dah nak makan, nak potong pun susah dan nampak tak cantik... makan la Yaya, asalkan Yaya hepi dan hajat anak mama nak makan kuih lapis dah tercapai... esok apa la pulak permintaan anak mama ni???

Kuih Lapis

Bahan-banan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam

pewarna merah

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Sumber : hanieliza

No comments:

Post a Comment