18 November 2010

Kaca kristal berisiko penyakit

Cantik tetapi merbahaya, itulah istilah yang diberikan untuk kaca kristal yang saya dengar di dalam berita TV3 malam ini yang dikatakan berisiko penyakit (aku pun ada dengar berita ni sebelum datang Adelaide). Ada sesetengah dari kita yang begitu minat dengan hiasan kaca kristal (termasuk aku la ni... tapi tak la sampai tahap kristalholic). Ada yang membeli lampu kristal, gelas, pinggan mangkuk dan bermacam-macam lagi bagi tujuan hiasan dan ada juga untuk kegunaan harian.

Sebenarnya aku terlupa pulak pasal ni, lepas baca info ni baru perasan yang aku ada beli kaca kristal ni... termasuk la pinggan mangkuk dan hiasan. Bukan apa sebab cantik je... aku plan memang tak nak guna untuk makan minum pun... just buat hiasan tetapi macam bahaya je... so kena la pikir balik, sama ada nak jual atau donate je. Takut jugak kesan buruknya... Nauzubillah... mintak jauh.

Di bawah ni antara koleksi barang kristal yang aku ada...




Mengikut info ini kristal didapati mempunyai satu bahan merbahaya iaitu Plumbum yang terhasil ketika proses pembentukan kristal tersebut. Plumbum ini pula mempunyai kesan yang begitu kronik dan merbahaya untuk kesihatan kita iaitu boleh :
  • memudaratkan bayi di dalam kandungan.
  • Ia boleh mengakibatkan keguguran pada kandungan.
  • kaca kristal boleh menyebabkan barah. Jika anda gunakan gelas ataupun pinggan kristal untuk menghidangkan makanan, ia akan bertindak balas dengan Plumbum yang ada di dalam kaca kristal tersebut.

Bagi kaum hawa, awas juga terhadap barang kemas buatan kristal seperti gelang, rantai dan sebagainya.

Kalau ada sesiapa tahu secara detail tentang kebaikan atau keburukan kristal ni boleh la kite kongsi yer... nak tahu kesahihannya.

Sumber : gedungilmu.com

No comments:

Post a Comment