Petang kami pergi beli lauk di Afgan. Kiranya ni stok terakhir kot sebelum kami balik. Cukup tak cukup makan yang ni je hubby cakap sebab tak lama lagi kami dah nak balik Malaysia, hubby malas dah nak pergi beli. Rasanya cukup la untuk sampai balik Malaysia. Lepas tu kami ke The Good Guys pulak... hubby nak tengok harga barang sama ada harganya berbeza atau tidak sebelum dan selepas krismas. Tapi tutup la pulak. Hubby ajak kami ke K-mart pulak, apa lagi yang nak dibelinya.
Sampai je di K-mart dalam 6.30 petang suasana lenggang je tak macam biase... maybe ramai menuju ke City atau ke tempat lain sempena boxing day ni. Hubby terus menuju di bahagian TEFAL. Dia nak belikan untuk aku sempena besday aku awal tahun depan, lagi pun ada sale. Memang murah pun harganya kalau compare dengan sebelum2 ni dan di tempat2 lain. Dah orang nak beli mesti la aku nak... lagi pun memang aku plan nak beli semua alat masak brand TEFAL ni. Jadi aku angkut la semua jenis frypan TEFAL ni. Thanks abang. Kalau di Malaysia memang mahal frypans ni aku dah tengok di JJ... memang tak mampu bayar, sayang duit nak beli. Menurut kata hubby "kalau di Malaysia kalau gaduh laki bini pun dia takan beli, masak je dalam kuali made in Kuala Kubu atau Rantau Panjang telur tetap masak jugak".
No comments:
Post a Comment