15 December 2010

Merasa jugak makan di Swinging Bowl.

Swinging bowl satu2nya kedai orang Malaysia kat sini... orang Kelate pulak tu. Masa hubby datang sorang sini... selama setahun hubby menjadi pengujung setia kedai ni. Tiap2 hari dok makan sini dan kalau untuk hujung minggu dah beli siap2 pada hari Jumaat untuk makan masa weekend tu. Pernah sekali hubby cakap Azam tuan kedai tu datang ke rumah sewa hubby dan bagi lauk2 free je kepada hubby and the geng. Ye la kat sini kalau makanan yang dah melebihi 4 jam dan tak laku memang tak boleh dijual. Di sini memang mementingkan kualiti dan khasiat makanan.

Swinging Bowl ni kecik je... tapi kira ok la kalau dapat bukak bisnes macam ni tambah2 di bandar Adelaide ni yang menjadi tumpuan orang. Kalau la aku dapat bukak kedai macam ni alangkah bestnya... berangan sokmooooooo..., entah bila la nak menjadi kenyataannya yer?. Tak dapat kat sini di Malaysia pun lagi bagus.

Penat berjalan perut pun terasa lapar... tak sabar2 nak makan rasanya, maklum la dah lama tak makan luar. Sekali-sekala dapat makan luar rasa hepi sangat, terutamanya mama tak payah nak masak... hehehe...

Kira murah la jugak makanannya... rasanya 2 jenis lauk AUD7.50... dah la banyak. Satu pinggan boleh makan 2 orang. Bagi aku makanannya sedap, kalau orang Kelantan cakap "sero" iaitu terasa la masakannya dan kena dengan selera kite. Aku ambik daging rendang dan ayam masak kicap...sedap2...

Hubby makan ayam goreng pedas dan sotong goreng kunyit... rasanya harga lebih mahal sikit sebab seafood.

Alhamdulillah kenyang, licinnnnnnnnnn... Aqil siap cakap nak bagi berapa markah yer kat kedai Azam ni kalau compare dengan Nandos. Maknanya Aqil suka masakan Swinging Bowl ni dan siap cakap lain kali boleh la kite datang makan lagi. Entah bila la pulak yer nak datang makan sini, kite pun jarang kuar city.

1 comment:

  1. Mamat Azam tu ada blog gak. Blog ada kedai pun ada. Hebak2.

    Swingingbowlsatay.blogspot.com kot. kekeke

    ReplyDelete