Petang semalam Shibi call cakap ada tetamu dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) datang rumah dia. Jadi Shibi ajak la kami ke rumahnya supaya boleh kenal2. Sampai2 je di rumah Shibi hubby tengok rupa2nya salah seorang tetamu Shibi tu cikgunya masa di MRSM Pengkalan Chepa dan mak kepada member hubby. Dan sekarang merupakan Pengarah Pusat Perhubungan Korporat dan Strategi UMK. Beliau datang bersama Prof. Ibrahim dan VC ke Adelaide sebab ada urusan MOU dengan Uni. Adelaide dan Uni. SA. VC tak ikut ke rumah Syura. Nak dijadikan cerita rupanya masa di Uni. kalau tak silap... cikgu Tik ni tegur Syura sebab dia rasa kalau jumpa orang pakai tudung mesti orang Malaysia. Sambil borak2 tu Syura ajak mereka ke rumah. Jadi kami pun dapat la jumpa mereka sama.
Kesian Syura balik penat2 nak kena masak, tapi bagus la Syura jumpa orang Malaysia terus ajak datang rumah dan siap buat dinner lagi. Susah nak cari orang macam ni. Dengan penat study lagi, balik nak kena layan anak2 lagi... tapi takpa banyak pahala Syura dapat sebabnya tetamu Syura ni sejak datang sini tak jumpa nasi lagi... sebab tak tahu ada kedai Melayu di sini, jadi malam ni boleh la makan nasi dengan orang2 Malaysia dan kenal pulak tu. Memang kecik je dunia ni... tiba2 hubby dapat jumpa dengan cikgunya kat sini.
Seronok sekali-sekala orang Malaysia datang... nak tunggu famili sendiri datang tak tahu bila yer?
Takde apa nak bagi kepada tetamu yang datang... kami just bagi pinggan hiasan ni je sebagai kenangan. Cikgu Tik pesan suruh kami ke rumahnya masa balik Kelantan Januari ni. InsyaAllah. Lain kali kalau datang ke Adelaide ni contact la kami...
No comments:
Post a Comment