Baru hari ke 3 cuti sekolah Aqil dah bosan dok rumah. Dia tak tahu betapa mamanya dan Yaya ni macam mana dok kat rumah selama ni... takde la acah je, dok rumah pun ada je aktiviti mama dan Yaya untuk hilangkan bosan, antaranya mengemas dan memasak, betul tak Yaya... Yaya paling suka la kalau bab2 memasak ni terutama masak kek atau kuih. Bagi hilangkan bosan hero sorang ni hubby ajak kami ke city, apa lagi hepi la Aqil dan Yaya... mama pun sama hehehe... ye la sekali-sekala kuar dari rumah rasa terbukak sikit minda ni, ni tidak terperuk kat rumah memasak, mengadap internet dan mengemas je bosan jugak. Kami pergi menaiki bas je... senang tak payah nak pikir pasal parking, nak pikir pasal jam... sini memang tak pernah hadapi masalah jam pun.
Kami jalan2 sekitar Rundle Mall... sempena krismas ni banyak la pulak aktiviti2 kat sini. Macam2 persembahan ada terutama untuk menarik perhatian kanak2.
Hepi Aqil dan Yaya sebab dapat goody bag ni... ada gambar Yogi Bear yang boleh diwarnakan, fridge magnetik, dan stiker.
Ni castle ala2 rumah princess gitu... kanak2 yang nak bergambar boleh naik atas pentas yang disediakan. Hubby suruh Yaya naik tapi dia taknak. Yaya cakap dia bukan princess.
Bergambar bersama maskot Yogi Bear... berani pulak Aqil dan Yaya. Kalau tidak sebelum ni di Alamanda atau mana2 tengok maskot atau badut dari jauh pun dah nangis. Bagus la anak2 mama ni dah berani... dah besar baru berani yer.
Ni apa pulak ni? ooooooo... tugu la konon, lucu pulak aku tengok pakcik ni, jadi je dia buat ala2 tugu dan batu la konon. Tapi lepas orang bagi duit terus bergerak. Tangan bergerak masuk poket bagi gula2 kepada sesapa yang sedekah duit padanya. Aqil pun nak jugak. Bagi 20 sen dapat gula2 sebijik... senang je orang sini nak cari duit asal kreatif.
Yaya pun nak jugak, amboi siap tadah tangan tuuu... pakcik tu patung so kena la bergerak slow2... ala2 robot gitu, lucu... lucu... muka pun kelakar je, sanggup dicat mukanya... duit punya pasal apa2 pun sanggup buat.
No comments:
Post a Comment