02 December 2010

Aqil's End of Year Celebration 2010

Hari ni kami ke sekolah Aqil sebab ada End of Year Celebration... semua student membuat persembahan termasuk Aqil.

Ni sebelum masuk membuat persembahan... masing2 dah ready dengan prop untuk membuat persembahan. Yang Aqil bawak tu kononnya batu bata.

Aqil and his classmate. yang topi kuning tu namanya Samiya... selalu usik Aqil budak ni... Aqil selalu balik mengadu....

Sebelum persembahan... masing2 excited tak sabar nak naik pentas.

Yaya dah bosan tengok persembahan... sibuk nak main gelongsor di luar. Padahal sebelum datang dah janji taknak main... Yaya... Yaya... memang pantang nampak gelongsor atau buai... Yaya baru je lepas demam tau... belum betul2 sihat lagi, kalau dah sihat takpa la...

Tengok la... Yaya ni...

Aqil dan classmatenya H23 buat persembahan lagu "Bob the Builder".

Rasa terharu dan hepi pulak tengok anak aku buat persembahan...








Persembahan tamat... well done Aqil dan kawan2nya berjaya membuat persembahan dengan baik sekali. Malam tadi Aqil risau je takut tak boleh buat persembahan... siap cakap "Aqil berdebar2 la mama nak buat persembahan esok". Tapi akhirnya Aqil berjaya jugak.

Persembahan kelas lain.



Persembahan oleh cikgu2... Hindi song... Sporting betul cikgu2 ni...

Tak lama lagi dah nak cuti sekolah akhir tahun. Cuti lama jugak, lebih kurang 2 bulan. Ni merupakan acara terakhir sebelum sekolah cuti. Semoga Aqil hepi la nak cuti sekolah nanti, tapi biasenya Aqil tak suka cuti sebab bosan dok rumah katanya. Sekolah lebih best Aqil cakap. Takpa cuti kejap je kat sini lepas tu kite dah nak balik Malaysia.

No comments:

Post a Comment