24 December 2010

Last day before Christmas

Hari ni hubby tak ke Uni. Salah satu sebabnya cuaca panas iaitu 34 degree, sebab kedua orang dah start bercuti untuk Krismas esok, jadi Uni. pun sunyi sepi je dan sebab ketiga nak pergi beli barang2 makan sebelum semua kedai tutup esok. Kami ke K-mart, Coles dan Wolis... ramai betul orang hari ni dan banyak barang murah2. Rasa semua nak beli... tapi kami beli yang perlu je sebab tak lama lagi dah nak balik Malaysia.

Seronok tengok mat salleh shopping sakan. Hari ni baru terasa penuh dengan orang, jalan pun agak jam dan parking pun penuh. Kami banyak beli barang2 makan je....then beli baju untuk Yaya... Aqil taknak baju, just beli mainan yang kecik2 je.






Baju memang murah sangat... geram je tengok blaus dan t-shirt dah la cantik2 dan murah2 pulak tu. Patut la dia orang jual je baju masa buat GS... sebab dengan duit dia orang tak terasa sangat kalau nak beli baju atau apa2 aje. Sebabnya barang2 sini memang murah... compare dengan Malaysia. Kalau di Malaysia mana nak dapat blaus yang cantik dengan harga RM5, kat sini kalau time sale AUD4 pun boleh dapat, kain pun berkualiti. Sebelum balik Malaysia memang kena beli banyak2 untuk Aqil dan Yaya.

Sebelum tu kami ke The Good Guys salah satu kedai barang elektrik terbesar kat sini. Bestnya tengok barang2 dalam kedai ni. Banyak barang2 yang aku dah aim nak beli suatu hari nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Aqil cakap dia nak IPad ni... boleh ke papa?

Best ke benda alah ni...? aku bukannya reti sangat tentang alat2 IT ni. Semuanya canggih2 tak terkejar dibuatnya.

Cutenya kettle ni... dah la warna feveret aku, harga pun padan dengan rupanya. Banyak lagi benda yang aku tengok... sangat2 la aku berkenan. Alangkah bestnya kalau dapat beli apa yang aku suka, hehehe... InsyaAllah. Harap2 lena tido la malam ni.

1 comment:

  1. Kak Azie..we all pun dah borong baju untuk budak-budak nie jugak nak bawak balik Malaysia nanti.

    ReplyDelete