30 December 2010

Kami ada tamu hari ni...

Kami ada tamu hari ni iaitu Hsu Zenn kawan hubby. Hsu Zenn ni orang Malaysia jugak, from Kajang. Hubby kenal Hsu Zenn masa sama2 kursus BTN. hsu Zenn ni sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD jugak, dalam bidang dentist. Hsu Zenn ni jugak la yang selalu order makanan dengan aku kat sini. Sebenarnya dah banyak kali hubby ajak Hsu Zenn datang rumah tetapi dia selalu busy dengan study dan kerjanya. Hari ni baru berpeluang datang sebab dia bercuti panjang sempena Krismas dan Tahun Baru.


Thanks Hsu Zenn sebab bawak coklat untuk Aqil dan Yaya.

Aku hanya buat mee kari je... itu pun simple2 je sebab tak cukup bahan. Malas dah nak beli barang dapur, guna yang mana ada je sebab dah nak balik Malaysia.

Sepanjang hari Suzanne berada di rumah kami. Petang kami keluar ke K-mart kejap... Hsu Zenn nak kenal K-mart kat area sini.

Lepas dinner kami hantar Hsu Zenn ke hostelnya. Macam kamsis di UKM pulak aku tengok tempat Hsu Zenn ni... Hsu Zenn minat teddy bear, penuh patung dan hiasan teddy bear di dalam biliknya ni.

Hsu Zenn bagi aku lampu tido sebab dia ada banyak lampu tido. Thanks Hsu Zenn.

Hsu Zenn bawa kami tinjau suasana tempatnya ni. Ok la bagi orang bujang dok sini. Walaupun kena bayar AUD1100 sebulan termasuk api air. Banyak kemudahan disediakan termasuk breakfast dan dinner. Tapi yang paling tak best Hsu Zenn cakap ialah time cuti... sebab ramai yang balik atau bercuti. Memang ye pun aku tengok tempat ni sunyi sepi je. Aqil siap cakap "mama macam scary je tempat ni...". Hubby cakap kalau la dia dok sini rasanya boleh mati kutu. Patut la Hsu Zenn balik Malaysia setiap hujung tahun memang sunyi sangat tempat ni dan suasana agak menyeramkan je aku tengok. Hsu Zenn pun akan pulang ke Malaysia pada 20 Jan nanti. Dia tak sabar2 nak tunggu 20 Jan. Hsu Zenn cakap dia tak suka Adelaide... takde apa2 kat sini. Malaysia lagi best... shopping pun tak best kat sini Hsu Zenn cakap sebab banyakkbarang made in China, dia lebih suka shopping di Malaysia. Aku ingat semua chinese suka dok oversea rupa2nya tak semua yerk.

Hubby selalu jugak bertanya kaba dengan Hsu Zenn ni...


Hepi dapat berkenalan dengan Hsu Zenn. Dia very friendly... dah tu siap bawak sekali prescription supaya aku boleh beli ubat atau antibiotik untuk gigi aku yang kadang2 sakit dan kadang2 ok ni. Banyak jugak aku tanya pada Hsu Zenn pasal gigi ni. Thanks Hsu Zenn sebab sudi datang ke rumah kami. Semoga Hsu Zenn menjadi seorang dentist yang baik dan berjaya. Kite jumpa di Malaysia pulak yer Hsu Zenn.

No comments:

Post a Comment