Petang tadi lepas kami ke fruit vege dan ke rumah Gina kami singgah bermain di park berhampiran dengan rumah Gina. Nama park ni Daly Oval. Best jugak main kat sini sebab playgroundnya agak besar dan sesuai untuk budak2 kecik macam Yaya. Tapi yang tak bestnya park ni terbuka, jadinya anjing boleh la dok lalu lalang sini. Mat salleh memang suka bawak anjing mereka ke mana saje mereka pergi, lebih daripada anak dilayannnya. Kadang2 geram jugak tapi nak buat macam mana tempat mereka... ikut suka mereka la nak buat apa kan.
Yaya bukan main hepi kalu dapat main di playground macam ni... kalau ikut dia dok lama2 pun takpa. Bagusnya kat sini setiap kawasan ada park, orang pulak tak ramai . Maybe dia orang lebih suka aktiviti2 lain atau mereka memiliki playground sendiri di backyard. Memang jarang sangat nak nampak kanak2 penuh di park... tak sama macam di Malaysia penuh dengan kanak2... kadang2 siap berebut lagi. Kadang2 risau nak bagi main takut berlanggar sesama mereka dan tolak- menolak.
Kami main kejap je kat sini sebab ada mat salleh bawa anjing dan anjing tu dilepasnya. Risau jugak kalau dia datang dekat kami. Yaya siap menangis taknak balik sebab tak puas main... sekejap sangat. Terpaksa la papa cari park lain yang terdekat iaitu The Gums... park ni ok la berpagar.
Hari dah lewat petang... lepas main ajak Yaya balik. Nasib baik ok... kalau menangis lagi ada yang nak kena tinggal kat sini.
No comments:
Post a Comment