Yaya teringin nak makan kuih ketayap atau lebih dikenali sebagai kuih gulung pulak hari ni. So kena la buat. Aqil pun sama sebelum ke sekolah sempat makan kuih ni... siap pesan suruh simpan tau Aqil nak makan balik sekolah nanti.
Aku try buat sikit je dulu... risau tak jadi intinya sebab guna kelapa kering. Tapi lepas try buat intinya dengan campuran kelapa kering, brown sugar, sedikit tepung gandum, letak daun pandan dan tambah air secukupnya.... Alhamdulillah intinya jadi dan lembab macam guna kelapa parut biase. Kalau macam ni boleh la try buat kuih lain dengan kelapa kering ni nanti. Tapi rasanya lain sikit... tak lemak kot.
Kalau dok Bangi kuih ni memang salah satu kuih feveret kami. Biase beli di pasar Bangi je tak pernah buat pun masa dok Malaysia. Dok sini macam selalu aku cakap kalau nak makan apa2 memang kena buat sendiri kalau tidak jawabnya tak makan la... nak tunggu balik Malaysia lambat lagi.
1 sudu kecil tepung kastard (aku tak letak pun)
2 cawan air daun pandan (aku guna 2 cawan air dan tambah perasa pandan je... sini kena jimat guna daun pandan sebab mahal)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:
Semua bahan disebatikan dalam blender. Dadarkan dalam non-stick frypan. Angkat dan letakkan inti di tepi dan digulung kemas.

Bahan untuk membuat Inti :
2 cawan kelapa parut
3/4 cawan gula merah (aku guna brown sugar)
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan
Cara membuatnya:
Gula merah dimasak dengan daun pandan dan air.Masukkan kelapa, masak hingga separuh kering , masukkan tepung lalu dikacau hingga pekat dan berkilat.Sejukkan
Bahan untuk kulit:
1 sudu kecil tepung kastard (aku tak letak pun)
2 cawan air daun pandan (aku guna 2 cawan air dan tambah perasa pandan je... sini kena jimat guna daun pandan sebab mahal)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Cara membuatnya:
Semua bahan disebatikan dalam blender. Dadarkan dalam non-stick frypan. Angkat dan letakkan inti di tepi dan digulung kemas.
No comments:
Post a Comment