Semenjak datang sini boleh dikatakan setiap minggu Aqil dan Yaya beli mainan di GS. Ada jugak yang beli di shopping kompleks tapi tak banyak. Di GS mainan memang sentiasa ada orang jual... kalau Aqil dan Yaya tengok mesti nak beli. Dah penuh dengan mainan kat rumah kami ni. Mainan yang dijual pulak masih elok dan best2 je. Kadang2 mama dia orang pulak yang lebih excited. Ye la orang sini jual yang elok2 dan baru2 lagi... mainan mereka pulak pelik2 dan best2... kalau di Malaysia pun tak terbeli rasanya. Mainan mereka pulak berjenama. Kalau ke GS mesti beli punya sebab nak beli baru agak mahal... lebih baik beli makanan.daripada beli mainan yang mahal2. Setakat nak main kejap2 beli je di GS. Kadang2 dapat free je. Lagi la syokkkkkkk... Untung anak2 zaman sekarang macam2 dapat, kalau pikir zaman aku dulu dapat anak patung seekor pun dah suka sangat... main sampai nak terputus tangan (anak patung jenis kain)... maklum la sebab ada satu je. Memang sikit sangat mainan dulu. Tu aku cakap pada hubby bertuah anak2 sekarang macam2 benda dapat. Ye la dulu lain sekarang lain... Tengok la mainan Aqil dan Yaya di bawah ni... Ini pun ada yang tak upload pic lagi... banyak sangat...
Antara koleksi Barbie Yaya... kadang2 yang complete agak mahal di GS... kalau yang tanpa pakaian murah sikit.
Koleksi bear Yaya... kalau boleh nak bawak balik Malaysia tetapi hubby tak bagi... rugi bayar shipping je hubby cakap.
Aqil punya set Tony... Aqil memang sejak kecik suka baba2 membaiki ni... selalu tengok kartonnya dalam Astro.
Alat masak Yaya siap ada blender and dapur lagi... ni yang kecik, yang besar macam dapur betul2 pun ada tapi kami tak beli sebab takut menyempitkan rumah. Kadang2 geram tengok di GS dan dalam iklan sebab cantik dan macam best je kalau Yaya ada set mainan tu... takpa la Yaya main yang mana ada je yer...
Mainan ni ada muzik and boleh pusing2 lagi... syok sebenarnya untuk baby tapi sebab murah beli je la...
Yang ni aku paling suka... kalau jumpa di GS yang masih elok dan baru aku akan beli... sebab bagus untuk Yaya belajar, macam2 boleh belajar... kalau beli baru agak mahal, tapi di GS murah je, setakat ni Yaya dah ada 3. Boleh la bagi pada anak2 sedara yang mana Yaya taknak.
Video dan DVD pun murah dan kadang2 dapat free jugak. Nak buat koleksi... hubby cakap nak bawa balik Malaysia.
Buku yang best... siap ada cake dan muzik lagi... sesuai sebagai besday gift. Yaya memang hepi dapat buku ni...
Dari kecik Aqil memang suka susun2 kete... masa kecik Aqil ingat kete dia ada berapa, kalau takde sebiji dia suruh kami cari sampai jumpa...
Yaya dah ada microwave sekarang... boleh la masak2. Still working.
Kalau ikutkan banyak lagi mainan Aqil dan Yaya. Lain kali pulak aku update... sebab ini la Aqil dan Yaya suka ke GS sebab banyak mainan la. Tapi kena beli yang betul2 elok dan yang nak main je. Jangan beli benda sama dan mengarut... membazie tau.
akak, byk giler mainan yaya ngan aqil. cenggini ain pun suke kak.he3
ReplyDeletetu la Ain memang best mainan kat sini... kadang2 mamanya yang lebih excited nak beli hehehe...
ReplyDelete