30 March 2011

Yaya tukar sekolah...

Kami terpaksa menukarkan Yaya dari Campbelltown Kindergarten ke Paradise Kindergarten, sebabnya Yaya menangis taknak ke sekolah itu. Malam sebelum pergi sekolah lagi Yaya dah menangis dan beritahu kami "Yaya taknak sekolah... Yaya takde kawan". Masa first day ke sekolah tu Yaya nampak hepi dan bersemangat je. Tengok2 kali kedua masa aku nak pergi ambil Yaya di sekolah, Yaya menangis. Kali ke tiga pun sama masa kami nak tinggal dia di sekolah awal2 lagi dah menangis.

Kesian pulak aku tengok Yaya... mesti Yaya tak hepi sebabnya takde kawan yang boleh bercakap dan bermain dengannya. Ye la semua bangsa lain macam mana nak bercakap dengan Yaya. Aku sebagai ibu memang rasa risau sangat sebab aku tahu Yaya tak hepi di sekolah. Kalau aku tanya kenapa Yaya nangis... Yaya cakap "Yaya rindu mama"... aku rasa itu bukan masalah utama... kalau dia hepi di sekolah aku takde sekejap mesti dia tak kisah. Ini tidak awal2 lagi dah menangis taknak pergi sekolah.

Kalau ikutkan umur Yaya baru 4 tahun tak hantar ke sekolah pun takpa... kalau di Malaysia kanak2 baya Yaya memang tak sekolah pun, tapi di sini kebanyakan kanak2 berumur 4 tahun akan dihantar ke sekolah. Untuk term pertama ni Yaya hanya perlu ke sekolah sekali seminggu bagi membiasekan diri je. For the next term 4 kali seminggu. Ini pun salah satu puncanya Yaya tak hepi nak ke sekolah... Ye la tak sempat nak menyesuaikan diri dah cuti dan next week kena start balik.

Kadang2 sehari sebelum Yaya ke sekolah aku dah risau memikirkan Yaya macam mana sekolah esok... nangis lagi ke?, kalau menangis... kesiannya anak aku... kalau nangis teachernya kisah ke atau biarkan Yaya menangis sendiri?, macam2 aku pikir. Aku memang risau sangat kalau perkara yang melibatkan anak2 ni.

Kami cuba tengok Yaya pada hari ke tiga dia ke sekolah... Yaya menangis hingga la terbawak2 ke rumah dan beritahu dia taknak sekolah. Aku dan hubby cuba pujuk tapi Yaya tetap menangis dan taknak sekolah katanya. Aku dan hubby berbincang dan mengambil keputusan untuk tukarkan Yaya ke sekolah lain iaitu di Paradise Kindergarten.

Kami terpaksa pindahkan Yaya ke sekolah ini sebabnya di sini ada Zakuan, anak Shura. Yaya memang berkawan dengan Zakuan ni. At least ada la kawan untuk Yaya bercakap dan bermain sementara Yaya pandai bahasa Inggeris dan dapat berkawan dengan orang lain. Yang penting kami nak membiasekan Yaya dengan keadaan di sekolah dan orang2 sekeliling. Menurut Shura anaknya ni pun sama, awal2 dulu selalu menangis tapi sekarang dah ok. Satu lagi yang bagusnya di sekolah ni ada teacher dari Malaysia, namanya Kelly. Dengan ini senang la... sebab ada orang yang faham dan tahu macam mana nak berkomunikat dengan Yaya... Yaya boleh faham dan dapat berlajar dengan senang sebab ada orang memahaminya.

Hari pertama Yaya di Kindy ni... Yaya nampak tak hepi dan suruh aku tunggu dia. Yaya tak bagi aku balik... dia pegang je tangan aku, risau kalau2 aku tinggalkan dia. Aku terpaksa tinggalkan Yaya walaupun dia menangis. Teacher Kelly beritahu ini perkara normal... lama2 nanti Yaya akan ok. Aku balik dengan perasaan tak senang hati dan asyik memikirkan keadaan Yaya di sekolah. Tak putus2 aku berdoa supaya Yaya hepi dan selamat di sekolah.

Luar kelas

Dalam kelas

Senarai nama pelajar...

Cantik tak Yaya lukis? mesti la cantikkkkkkk...

Pic menunjukkan aktiviti hari pertama Yaya di sekolah ini.

Tampal2 sticker...

Hias kotak tisu...

Masa hubby pergi ambil Yaya... teacher Kelly beritahu Yaya menangis sekejap je... lepas kami tinggalkan dia, Yaya terus ok dah mula nak belajar. Lega aku mendengarnya. Yaya hepi je masa hubby jemputnya di sekolah. Yaya siap tunjukkan hasil kerjanya hari ni. Macam2 Yaya buat painting, bergambar, tampal sticker dan hias kotak tisu. Aku tanya Yaya hepi ke sekolah? Yaya cakap "hepi". Mama harap lepas ni Yaya ok dan tak menangis lagi kalau nak pergi sekolah yer. Macam mana la pulak next week? huhuuu... mamanya yang lebih risauuuuuuuu...

No comments:

Post a Comment