02 March 2011

Lamanya tak jumpa...

Memang dah lama tak jumpa dengan IIla... masa kami ke Adelaide IIla masih berada di UK. Alhamdulillah hubby IIla dah tamat pengajian PhD dan sekarang bergelar Dr. Rizal setelah hampir 4 tahun berada di UK bagi meneruskan pengajian di peringkat PhD. Memang niat aku masa balik Malaysia nak jumpa dengan IIla... lagi pun rumah IIla dekat je di Bangi jugak.

Hubby dan Aqil bersama Rizal dan anak bongsu mereka yang dilahirkan di UK. Hepi je nampak Rizal akhirnya berjaya jugak menamatkan pengajiannya. Hubby pun tak sabar2 nak habiskan pengajiannya. Bagi aku pulak tak sabar2 nak balik dok Malaysia dan duduk di rumah sendiri.

with IIla

Yaya bersama anak ke 3 Ila... jugak yang dilahirkan di UK. 2 orang anak IIla dilahirkan di UK. Bagus la IIla berani mengandung dan bersalin di tempat orang. Kalau aku... macam taknak je sebab takut, satu lagi kalau sakit aku mesti nak Ma aku ada disisi. Ma la segala2nya... kerana Ma hanya memahami keperluan aku masa aku sakit atau dalam pantang.

Masa ke rumah IIla aku suka sangat tengok koleksi pinggan-mangkuk yang IIla beli dari UK. Ada diantaranya aku dah ada... dah ada yang masih dalam proses nak membelinya. Tak sangka pulak sejak tinggal di oversea ni kami mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul pinggan-mangkuk. Terima kasih IIla sebab bagi Kak Zie Queen Anne ni. Tunggu hadiah dari OZ pulak. Kak Zie harap IIla dan famili sentiasa bahagia, berjaya dan sentiasa dilindungi olehNya.

No comments:

Post a Comment