09 March 2011

Datang kenal2 dulu...

Hari ni famili Azrin datang merisik Bja. Alhamdulillah 2 famili telah berbincang dengan baik untuk menyatukan anak masing2 dan majlis berjalan lancar. Bja dan Azrin orang yang paling hepi hari ni kerana famili Azrin sudah datang ke rumah famili kami bagi membincangkan tarikh perkawinan meraka. Maknanya hari bahagia makin dekat buat mereka.

Kali ini majlis besar seperti ini berlangsung tanpa arwah abah. Aku dan famili terasa dengan ketiadaan abah. Kalau tidak abah lah yang akan menjadi pembaca doa dan jurucakap untuk majlis2 macam ini.

Aqil dan sepupu2nya turut memeriahkan suasana. Bukan main hepi lagi mereka sekali-sekala dapat berkumpul macam ni. Tambah2 lagi Aqil yang dah lama tak jumpa dengan sepupu2nya ni.

Kaum bapa

Antara saudara-mara terdekat yang hadir.

Mak Azrin (tengah), besan dan mak sedara Azrin.

Yaya bakal menerima Pak Sedara baru... kami dah lama kenal Azrin ni dan Bja pun selalu bawak ke rumah kami di Bangi.

Senyum nampak Bja... ma dan mak sedar aku makcik Inun. Ma hepi bakal menerima menantu lagi. Tapi kali ini tanpa abah. Takpa la ma kami adik-beradik akan tolong ma untuk membuat persiapan perkahwinan Bja nanti. Walaupun kami tak balik kami akan tolong apa yang patut dari jauh, InsyaAllah.

Ini la bakal husband Bja, Azrin.

Perbincangan berjalan secara ringkas dan berjalan lancar. Kedua2 pihak bersetuju dengan keputusan masing2. Makanan untuk majlis hari ni ma masak sendiri dengan bantuan beberapa orang jiran.

Puding jagung ni aku yang buat... siap dapat pujian dari mak Azrin tapi Bja yang dapat nama, takpa lah aku bagi peluang sempena majlis dia ni. Yang belang2 ni kek caramel huhhhhh... memang sedap and feveret kami satu famili.

Antara juadah yang disediakan ialah ayam masak kurma, daging goreng kunyit, udang masak merah...

Solok, sambal belacan dan ikan kering.

Berselera betul sekali-sekala dapat makan macam ni... tambah2 lagi kalau makan ramai2. Alhamdulillah perbincangan berjalan dengan lancar dan tarikh perkahwinan Bja dan Azrin telah ditetapkan pada hari raya ketiga. Kami sekeluarga tak balik sebab nak balik ni banyak kosnya. Apa2 pun aku akan tolong apa yang patut. Bagi Bja mulai sekarang kena la bekerja keras sebab kerja kawin ni banyak pakai duit tambah2 lagi dengan harga barang yang serba mahal sekarang ni. Semoga Tuhan permudahkan segala urusan perkahwinan Bja and Azrin.

No comments:

Post a Comment