27 March 2011

Sejuk2 pun tetap berpiknik...

Semenjak datang Adelaide kami tak kuar jalan mana2 pun... dok rumah je. Kalau GS tu biase la... Salah satu sebabnya cuaca agak sejuk dan Yaya selsema. Entah kenapa kali ni selsema Yaya agak lama, padahal ubat dah makan... ubat kat sini dan ubat yang dibawa dari Malaysia semua dah bagi, tapi tak sembuh2 jugak. Kebetulan minggu ni Gina nak ke Brighton, jadi kami pun join sama. Lepas ke Brighton kami berpiknik di Glenelg.

Macam biase kalau piknik kami bawa makanan masing2 dan makan sama2. Cuaca sejuk perut memang cepat rasa lapar. Walaupun makanannya tak seberapa tetapi disebabkan lapar, makanan yang dibawa tu kira ok la. At least terisi jugak perut yang lapar.

Lepas makan biase la Aqil mesti nak main bola sepak... tambah2 lagi kalau ada Danish yang sama2 meminati bola sepak. Hubby pun terpaksa melayan mereka bermain. Yaya pulak bermain dengan Ryan.

Boring main soccer mereka bermain footy pulak... siap main dengan member mat salleh lagi, entah macam mana budak ni boleh join Aqil dan Danish. Budak ni agak besar dan main pun macam ganas je... membuatkan Aqil dan Danish tak daya nak main dengan dia lama2.

Yaya hepi la kalau dapat melepas macam ni... maklum la lama dah tak kuar jalan2. Di mana jua berada Yaya mesti dengan gayanya yang tersendiri... kalau dilarang pun dia dah tak dengar masa ni, syok sangat siap guling2 lagi atas rumput ni... ala2 hindustan gitu.

Aktiviti wajib Yaya kalau ke sini... suka sangat bagi burung2 ni makan.

Sebenarnya Gina ajak kami ke sini sebab nak bawak kak Shiha dan anaknya ni kenal2 pantai Glenelg ni... Kak Shiha ni lecture UITM datang buat sabatikal di sini dan stay di rumah Gina. Alang2 dah datang sabatikal sambil2 tu berjalan la di Adelaide ni. Gina tak kesunyian dan kebosanan la 3 minggu ni sebab ada teman nak berborak siang dan malam. Secara tak langsung aku pun dapat kawan baru.

No comments:

Post a Comment