17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha buat famili di kampung

Malaysia meraikan Hari Raya Aidiladha hari ni... tak sabar rasanya nak call ma di kampung... maklum la beza masa sini dengan Malaysia lebih kurang 2.30 jam. Tengok je waktu Malaysia menunjukkan jam 7 pagi aku terus call ma. Tanya macam2... soalan pertama masak apa untuk juadah pagi raya?. Ma cakap masak nasi himpit dengan kuah kacang (sedappppnyaaaaa... kuah kacang ma memang sedap, takde siapa lagi yang boleh lawan setakat ni... kadang2 makan kuah saje sebab sedap sangat... yummy, tertelan air liur pulak dibuatnya). Selain itu ma buat rendang ayam dan ketupat (tempah sebab ma dah tak larat nak buat sendiri... kalau ma buat lagi sedap, teringat dulu2 aku pun pernah buat ketupat tapi lain bentuknya... tak jadi).





Gambar2 di atas ni masa majlis korban last year... bestnya... Raya kali ni majlis korban seekor lembu akan diadakan esok (hari raya kedua)... makan sakan la mereka esok yer... kami jugak la... huhuuuuuu...

Ma macam biase la tido lewat untuk menyediakan juadah untuk anak2nya sama ada yang dekat maupun anak2 yang akan pulang (masa ni Wak , Eg dan Ami tak sampai lagi). Setiap kali raya ma selalu macam tu... kesian kat ma. Tapi demi anak2 ma sanggup. Kalau sebelum ni arwah abah pun turut membantu. Kalau aku ada aku la yang akan menjadi pembantu setia ma. Adik2 aku yang lain busy dengan hal masing2.

Rindu sangat pada ma... Selamat Hari Raya ma, Maaf Zahir dan Batin dari kami di Adelaide.

Aku tak bercakap lama dengan ma sebab ma dok bersiap nak ke masjid untuk sembahyang raya. Aku ucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf kepada ma. Rindu sangat pada ma. Takpa hari ni memang akan berkali2 aku call ma dan adik-beradik yang lain... dapat dengar suara dan imagine suasana di kampung pun ok la, huhuhuuuuuu...

No comments:

Post a Comment