Hari ni kami ke sekolah Aqil untuk menyertai multicultural asemmbly pelajar2 sekolah East Torrens. Ibu bapa dijemput menghadirinya untuk melihat aktiviti anak2. Kami pergi sebab nak menyaksikan Aqil membuat persembahan nyanyian.
NAP student termasuk Aqil membuat persembahan... bukan main bersemangat lagi Aqil menyanyikan lagu "Ricky Resilience". Dah berapa lama Aqil dok praktis di rumah... siap dengan gaya lagi. Minat jugak anak mama ni dengan persembahan nyanyian... mama ingatkan Aqil minat soccer je... Ok la at least Aqil ada pengalaman dalam semua aktiviti.Rasa seronok jugak sekali-sekala dapat join aktiviti Aqil di sekolah. Ibu bapa memang digalakkan menyertai pelajar setiap kali asemmbly diadakan pada hari Jumaat. Sejak Aqil naik van ke sekolah ni kami jarang pergi. Kalau sebelum ni kerap jugak kami sertai asemmbly ni.

No comments:
Post a Comment