19 November 2010

Aqil's Sport Day

Hari ni sekolah Aqil mengadakan hari sukan sekolah. Aqil pasukan biru. Pada mulanya Aqil tak bagi kami pergi. Tup... tup... lepas tengok ibu bapa orang lain datang Aqil macam sedih je. Mami Danish kesian tengok Aqil dan suruh hubbynya call hubby dan beritahu Aqil suruh datang. Macam2 la Aqil ni... Bergegas aku dan Yaya bersiap nak ke sekolah Aqil... risau tak sempat tengok Aqil bersukan. Sampai2 je dah banyak acara kami terlepas. So sempat tengok sikit je... gambar pun sikit je la. Takpa la nak buat macam mana, sapa suruh Aqil tak bagi papa, mama dan Yaya pergi. Lain kali cakap awal2 kalau nak suruh attend apa2 aktiviti sekolah Aqil.


Kami sampai je... Aqil dah main acara dalam hall, ala2 akrobatik gitu...

Aqil tak boleh nak buat sendiri... teacher tolongkan.

Risau jugak aku tengok... jangan patah tengkuk anak aku sudah.




Aqil asyik dengan Jokew je... tak boleh pisah jauh.

Acara padang...

Acara bawak air dalam senduk...

Cepat2...

Khusyuk tengok abang Aqil bersukan... mujur Yaya taknak main sama.


Acara baling apa entah kenamanya benda alah ni...

Gaya dah ada...

Beria Jokew dok cakap apa la tu...

Yang ni Yaya paling suka... kalau pergi sekolah Aqil tak sah kalau tak main kat sini. Tambah2 kalau ada kawan pulak... hepi dapat main dengan Ryan.

3 pasukan hijau, biru & merah.

Acara tarik tali.

Acara ibu bapa lawan tarik tali dengan cikgu.

Hepi balik sekolah tak sabar nak beritahu Aqil dapat second place... and pasukan biru dapat tempat pertama.


Best jugak tengok acara sukan ni... yang bagusnya setiap student dapat main semua acara. So setiap orang dapat merasa semua permainan la... Tak macam sekolah di Malaysia... just satu games je boleh main. Ye la lagi pun student sekolah sini tak ramai macam student sekolah di Malaysia... kalau semua nak main jenuh la... jawabnya tak cukup sehari. Apa2 pun Aqil hepi hari ni... congrat Aqil.

No comments:

Post a Comment