Raya Pertama
Kalau nak cite pasal Raya ni memang banyak...program full sampai tak sempat nak rehat. Raya pertama beraya kat rumah ma aku di Pasir Tumbuh. Pukul 6 pagi dah bangun iron baju raya aku dan anak2. baju suami dah ok tak perlu iron lagi. Ma sibuk kat dapur dok masak lontong...entah pukul berapa ma tidor malam tadi untuk masak rendang dan kuzi untuk makan dengan roti jala yang ditempah dengan jiran. Selepas anak2 bangun aku mandikan mereka dan pakaikan baju baru, comel tengok Aqil pakai baju melayu dan Amalia first time pakai baju kurung (kain sama dengan aku punya), tahun ni tema 'gold'. Aku tak boleh sembahyang raya...cuti. Kemudian tolong ma sediakan juadah untuk dimakan sebelum pergi sembahyang raya. Yang lain semua pergi sembahyang Raya. Tinggal aku, Amalia dan Bja je. Bja sibuk dok isi biskut/kek/kerepek raya di dalam bekas.
Selepas semua balik dari masjid, kami bersalam-salaman memohon ampun dan maaf serta bergambar. Ami guna kamera baru dia. Aku sibuk dok ambik gambar anak2 aku (guna kamera aku). Aku tengok Amalia dah rimas pakai baju kurung, macam panas je... dan dia tak biasa (padahal aku beli kain cotton yang berkualiti dah). Selepas tu kami makan2. Ila dan keluarga datang...bergambar ramai2, kecuali keluarga Eg tiada sebab beraya di Tanah Merah. Kami celebrate birthday Syira dan Asraf (tiup lilin) sekali.
Dalam pukul 9 lebih kami bertolak beraya di kampung ma dan abah. Ziarah saudara-mara di sebelah ma dan abah. Tengahari balik rumah...rehat kat rumah je...tidur semua keletihan. Aku mengemas pakaian untuk pergi rumah sebelah suami aku pulak petang nanti. Petang aku dan keluarga bertolak ke rumah mak sedara suami aku. Tidur sana...malam ada jamuan raya rumah jiran. balik tengok tv dan tak sedar tertidur...esok raya kedua.
Raya Ke 2
Sejuknya nak mandi air telaga...tapi kena mandi jugak...untuk anak2 aku siap masakkan air panas untk mereka. Selepas sarapan kami bersiap dan beraya rumah sedara-mara sebelah suami aku pulak. Kami konvoi 5 buah kereta. Beraya sakan ...letihnya. Aqil suka sebab banyak dapat duit raya...nak kumpul beli mainan katanya. Amalia nampak happy sebab ramai orang melayan dia. Selepas Zohor ke majlis pertunangan adik suami aku (adik mak lain). Lepas maghrib bertolak ke rumah Ila, dia buat openhouse, ramai sedara kami dan sahabat handai dia datang. Lepas tu balik ke rumah ma pulak. Tidooooorrr...letihhhh...
Raya Ke 3
Pagi dok rumah je...membasuh. Pakai baju raya...aku tak puas hati sebab ukurannya besar, tak ikut saiz badan aku. Tak jadi pakai kena baiki balik. Nasib baik yang satu lagi ok. Melambatkan aku je...kena iron 2 kali. Tengahari balik rumah sebelah suami pulak...ada kenduri. Tidor sana pulak...letihhhh. Ramai sedara sebelah suami aku datang ke majlis kenduri tersebut. Malam Ila dan keluarganya datang. Abang pergi reunion di Pantai Sri 7, aku tak ikut...malas malam2, lagi pun Amalia dah tidur. Amalia sedar dan mengamuk nak papa dia. Lama jugak dia menangis...akhirnya dia tertidor. Suami aku entah balik pukul berapa...aku tak sedar.
Raya Ke 4
Pagi makan nasi berlauk...lepas tu pergi Pasir Mas (pergi klinik jap). Balik klinik singgah beraya lagi rumah sedara-mara suami aku. Sebelum tu kami pergi beraya rumah Nana. Lepas makan tengahari...(bestnya... makan sup daging, daging goreng dan daging cicah). Cuaca dah la panas...makan daging banyak pulak, sakit kepala aku. Petang ke rumah untie Zainun...kami dok lama rumah dia...Amalia tidor, Aqil dok syok main games. Tiba2 je aku rasa letih dan pening semacam...sampai muntah2. Malam dalam perjalanan balik ke rumah ma...aku muntah sekali lagi...sakit kepala. Sampai2 je terus tidor...suami aku tolong picitkan kepala aku...lega sikit rasanya. Lepas tu ma aku pulak tolong picit. Anak2 aku pun keletihan...tidor awal. Lepas makan ubat aku muntah sekali lagi...baru rasa lega semua dah keluar. Letih sangat dan makan macam-macam kot hari ni. Rasa serik dah nak berjalan esok...suami aku beritahu esok rehat je la, tak payah ke mana2.
Raya Ke 5
Dok rumah je...kepala rasa pening lagi. Membasuh. Berbual dengan ma dan adik-beradik aku. Tengok tv. Petang, kami pergi tengok kebun kami di Pasir Hor. Balik singgah jumpa kawan suami aku di HUSM. Malam tengok tv dan berbual2 dengan ahli keluarga aku.
Raya Ke 6
Hari ni ma masuk wad HUSM untuk pembedahan tyroid esok. Risau jugak aku...walaupun pun pembedahan kecil tapi perasaan ni bedebar jugak. Lepas ma pergi HUSM dengan Wak dan abah. Kami dan Bja ke KB...beli tudung lagi dan makan2. Lepas tu balik kg suami aku bawa Amalia berubat cacing dan gatal2. Singgah rumah mak sedara dia jap. Balik singgah TESCO...besar jugak, beli barang sikit. Balik dari TESCO singgah HUSM tengok ma. Ma dok rehat je. Balik...malam tengok tv.
Raya Ke 7
Tinggal aku, Aqil dan Amalia je. Suami aku pergi uruskan pasal tanah di kampung dia. Yang lain pergi hospital. Ma nak dibedah pada pukul 10 pagi. Aku membasuh dan mengemas apa yang patut. Pukul 10.30 terima panggilan dari Bja, ma hendak di bawa masuk ke dewan bedah...bedebar jantung aku...aku bercakap dengan ma semoga semuanya selamat, tak putus2 aku berdoa. Takut jugak aku dibuatnya. Aku dok bayangkan keadaan ma sekarang (masa dibedah). Dalam pukul 1 suami aku balik. Kami bersiap ke HUSM. Sampai sahaja di HUSM jatung aku bergerak kencang...risau dan macam2 bermain difikiran. Sampai depan dewan bedah...ahli keluarga aku dan ramai sedara-mara dok menunggu ma yang sedang dibedah. Amalia dok tak diam ke hulur ke hilir dia berjalan...kami semua suka tengok gelagat dia. Hilang sikit perasaan takut dalam hati ini. Kami semua dok menunggu dan kerap menjenguk ke bilik bedah, tapi ma tak keluar2 lagi. Lepas seorang2...ramai yang dah keluar...tapi ma belum lagi...makin bedebar rasanya. Dok hospital ni rasa takut tengok pelbagai penyakit...rasa insaf pun ada. Dalam pukul 5 aku lihat dua orang jururawat sedang menguruskan seorang pesakit yang baru dibawa kaluar dari bilik bedah...Bja adik aku tanya siapa nama pesakit itu...jururawat tu beritahu Rokiah Mohamed Noor...ya ma aku baru selesai menjalani pembedahan. Ya Tuhan semoga ma aku selamat...aku, Bja dan mak sedara aku masuk tengok ma. Ma sudah sedarkan diri tetapi masih lemah kerana ubat bius masih terasa. Aku cuba memanggil ma tapi tak menyahut...mungkin ma dengar tapi tak boleh menjawab panggilan ku. Aku mengusap kepala ma...kesian ma rasa nak menangis pun ada. Aku bercakap dengan jururawat yang ada, aku tanya dia pukul berapa pembedahan dilakuka, dia beritahu 11.40 pagi sampai la sekarang (pukul5 lebih). Lamanya aku kata. Aku mintak tengok apa yang dibuang dari leher ma aku. Macam hati ayam tapi berurat. Bja siap ambik gambar. Kami bergilir2 tengok ma. Lepas tu ma di bawa masuk wad 4 Timur. Badan ma masih lemah, ma pening2 dan muntah. Wayer masih ada dileher ma...kelihatan darah mengalir keluar. Kami semua berada disisi ma untuk memberi semangat kepada ma.
Selepas keadaan ma nampak ok, aku mintak balik dulu nanti malam aku datang balik jaga ma sebab esok aku akan ke Bangi dah. Nak kena balik mengemas dulu dan tidorkan Amalia. Aku mengucup dahi ma dan balik. Balik aku masak untuk adik2 dan mengemas apa yang patut. Dalam 9 lebih pergi ambik Ila (adik aku yang berkerja sebagai guru di GM) dia tak tengok lagi ma, tapi kerap telefon bertanyakan keadaan ma siang tadi. Kami ke HUSM tengok ma, untie zainun sambut kami. Abah setia menunggu ma diluar bilik. Moksu imah dok jaga ma. Keadaan ma nampak ok sikit daripada siang tadi...tapi ma dahaga dan lapar...Dr. tak bagi minum atau makan selagi ma tak hilang pening... takut nanti efek lain. Ila bawa anak2 dia, jadi dia tak boleh lama2 di situ. Dia balik dulu dengan moksu dan poksu. Aku jaga ma dengan Bja. Aku urut ma dan sapu air zam2 pada bibir ma...kesian ma tak boleh minum atau makan...dah la berpuasa dari malam semalam lagi...aku nasihatkan ma supaya bersabar...kalau dah hilang pening baru minum. Untie Zainun ketua jururawat di HUSM, dia terpaksa bertugas ronda seluruh HUSM. Aku dan Bja menggosok ma dengan minyak angin. Aku menjaga ma sampai pukul 12 je, lepas tu aku balik, sebab esok nak balik Bangi dah. Aku beritahu ma pagi esok aku datang lagi. Wak menunggu di bawah dengan Abang Rahim. Ami datang jugak tapi tak boleh masuk ramai2. Ami balik. Balik aku terus tidor...letihhhh...
Raya Ke 8
Bangun awal mengemas barang2, kami nak balik Bangi hari ni. Sebelum balik aku singgah rumah Ila jap, kemudian ke HUSM lawat ma sebelum kami balik. Keadaan ma beransur baik dan ma dah boleh minum dan makan. Lega aku tengok keadaan ma. Kami bersalam dan bertolak balik Bangi. Abah ahntar kami ke kereta. Kalau ikutkan hati tak sampai hati nak balik dalam keadaan ma macam tu. tapi apa boleh buat bekerja dengan orang (Gomen). Suami aku pun sepatutnya dah ada kelas hari ni. Cuti aku pun tinggal berapa hari je lagi. Dalam perjalanan aku call Bja beberapa kali tanya keadaan ma macam mana. Aku tidor...keletihan dan ngantuk. Kami singgah makan nasi di masjid Sg. Koyan. Amalia mula2 ok...lepas tu mengamuk nak duduk atas riba papa dia...suami aku berhenti jap dan dukung dia. Lega sampai di KL dah...singgah beli McD. Sampai rumah dalam pukul 5 lebih cuaca sejuk baru lepas hujan. Mok, jiran sebelah menyambut kami. Aku mengemas sikit2 dan kami semua tidor awal kerana keletihan...ini la cerite raya aku 2008 dan keluarga. Ada suka dan duka. Syukur semuanya selamat. Terima kasih Tuhan. Esok dah mula keje...malasnya...pikiran dok ingat kampung lagi (terutamanya pada ma). Aku call lagi tana keadaan ma dan yang lain2.
No comments:
Post a Comment