30 October 2008

Abang Kursus BTN

Amalia bangun pukul 5.21 pagi hari ni. Bangun2 je macam biase la nak tengok gambar dia dalam laktop. Hari ni abang pergi kursus BTN di Rembau selama 5 hari. Isnin baru balik. Aqil terpaksa pergi sekolah dengan Nas, anak jiran sebelah...mintak tolong dia hantar dan ambil Aqil dua hari ni. Abang bagi dia duit minyak RM20 untuk duit minyak (sekolah Aqil dekat je dari rumah). Aqil exam hari ni dan esok, kalau takde exam dia tak payah pergi sekolah pun takpa. Aku call teacher Aqil, beritahu Nas yang akan hantar dan ambil Aqil 2 hari ni.

Pagi tak ade keje, tengahari baru En. Li bagi... suruh ubah data dan kira nisbah...aku dah la lembab mate, mintak tolong Ir. Aku buat setakat yang mampu je. Abang call dari Rembau bagi nombor telefon yang boleh dihubungi sebab handphone abang dan semua pegawai BTN pegang untuk 5 hari ni. Kiranya tak boleh berhubung dengan orang luar. Abang dilantik menjadi penghulu di antara 67 peserta...macam budak sekolah la pulak dia kata...macam ketua darjah kot???. Abang cakap kalau ada hal penting call la, kalau setakat nak mengorat tunggu balik rumah...hehehe....Risau jugak aku nanti Amalia mesti dok tanyakan papa dia je...biase malam dia nak papa yang dodoikan dia, Aqil takpa la dah faham. Mintak2 Amalia pun faham yang papa dia pergi keje. Isnin petang baru balik, itu pun sampai malam kot. Semoga abang selamat menjalani kursus BTN dan jangan lupa anak isteri kat rumah ni.
Petang takde keje la pulak, macam biase dok YM dan update blog je la. Macam YM dan blog pulak keje aku sebenarnya...takde lah,time ada keje tak sempat pun nak update blog. Bukan makan gaji buta...tapi dah bos tak bagi keje nak buat macam mana.

1 comment:

  1. baca n3 ni teringt 1 kisah masa abg g BTN, masa tu Ikmal kecik gi dlm 8 bln, ajak adik tolong temankan masa abg xde, tgh malam Imal terjaga, dia belek muka mama dia .. pastu jenguk muka org sebelah ... muka makcik dia ... terus dia melalak tgh mlm ... rupanya rindukan papa dia ... jenuh pujuk malam tu ...

    zie ... krusus ke kursus

    ReplyDelete