05 February 2012

Sedap sungguh rojak ni...

Kali ni dah kali ke2 kami ke rumah Nadia Habibi... kali pertama kami pergi masa dia tinggal di area Prospect dulu. Masa tu kami pergi visit babynya Adel. Kami pergi bersama Surah dan famili. Kali ni Nadia jemput kami ke rumahnya sekali lagi... tujuan asalnya Surah nak ambil corelle yang dikirimnya kepada Nadia semasa Nadia ke Melbourne. Alang2 tu Nadia jemput kami makan2 sama. Bukan main lagi Nadia siap buat rojak ala2 kedai mamak gitu.

Memang sedap betul rojak ni... kedai mamak pun kalah. Menurut Nadia, Habibi suaminya yang masak kuah rojak ni. Memang sedap... first time masuk mulut dah tahu memang sedap. Bertambah2 kami makan. Hubby cakap boleh jual kalau macam ni... sebab memang sedap. Zie siap mintak resepi lagi.

Selain ada rojak... Nadia jugak sediakan air cendul dan ABC, memang rasa macam dok gerai/kedai mamak je. Semuanya sedappp...

Mesin ABC yang cute dan senang untuk membuat ABC. Siap ada tempat letak manisannya lagi.

Anak2 hepi dapat bermain mainan Adel yang banyak... yang paling best dapat duduk di atas sofa recliner kat belakang tu. Salah satu barang yang akan Zie beli untuk bawak balik nanti.

Thanks Nadia sebab sudi menjemput kami dan hidangkan makanan yang sedap. Dah la dapat makan banyak, lepas tu siap dapat bawak balik lagi. InsyaAllah nanti Kak Zie jemput Nadia dan keluarga datang ke rumah kami pulak yer.

1 comment: