04 February 2012

Selamat pulang ke tanah air...

Hari ini kami yang tinggal di sebelah East berpakat mengadakan jamuan perpisahan untuk kawan2 yang akan balik terus ke Malaysia iaitu Kak Liza (yang pakai topi ni)... dah hampir 4 tahun Kak Liza berada di sini menemani Kak Ina (sebelahnya tu) untuk melanjutkan pengajian di sini. Memang bagus betul Kak Liza sebab sanggup menemani sepupunya di sini... susah rasanya nak cari orang macam ni. Kiranya ni satu pengorbanan jugak... Sepanjang perkenalan Zie dengan Kak Liza ni, Kak Liza seorang yang sangat ramah, suka pada kanak2 dan selalu buat lawak... tak kering gusi dibuatnya. Kami pasti akan merindui gurau-senda Kak Liza nanti.

Seorang lagi kawan kami yang akan pulang ialah Dr. Izan. Izan terpaksa pulang untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang doktor di Labuan. Semoga Izan bersemangat meneruskan kerjayanya dan berjaya. InsyaAllah suatu hari nanti Zie dan famili akan melawat Izan di Labuan.

Jamuan perpisahan ni diadakan di rumah Surah... makanan utamanya mee kari yang sangat sedap dibuat oleh Surah. Makanan lain dibawa oleh tetamu yang datang. Zie just bawak kek karamel sebab Izan dah lama teringin nak makan. Merasa jugak Izan nak makan kek ni sebelum balik... kalau tidak kena datang Bangi je la kalau nak makan. Ada rezeki nanti kite jumpa lagi di Bangi yer...

Kaum bapa rancak berborak di ruang tamu... entah apa topik yang dibincangkan. Anak2 dengan aktiviti mereka... kejap main dalam rumah, kejap main luar rumah. Masing2 hepi sekali-sekala dapat berjumpa dan berkumpul macam ni.

Selamat jalan Kak Liza dan Izan... semoga segala urusan dipermudahkan, selamat sampai dan selamat menempuhi kehidupan asal di tanahair tercinta. Maafkan segala salah dan silap Zie. InsyaAllah ada rezeki kite berjumpa lagi... kalau ke Bangi jangan lupa contact Zie yer... rumah Zie sentiasa terbuka kepada kengkawan semua.

No comments:

Post a Comment