Terkenangkan saat Zie mengandungkan Amalia... macam biase Zie akan mabuk teruk pada awal 3 bulan mengandung. Begitu jugak semasa mengandungkan Aqil, Arwah Arfan dan kandungan yang gugur. Tetapi masa mengandungkan Amalia ni paling perit semasa 2 bulan terakhir. Zie mengalami sakit kepala yang amat teruk sehinggakan nak sujud pun rasa sakit sangat. Sampai menangis dibuatnya... makan ubat pun tak ok jugak. Sampai Zie terpaksa guna khidmat pengamal perubatan tradisional... orang tu siap cakap Zie kena buatan orang. Macam2 dia cakap... takut dibuatnya. Tetapi sekali pikir macam mengaruttt... tetapi disebabkan sakit sangat Zie terpaksa cuba cara tradisional, tetapi tetap sakit jugak.
Sepanjang mengandungkan Amalia Zie memang betul2 menjaga kesihatan, makan dan keje2 harian (tak buat keje berat). Tetapi memang dugaan sakit kepala yang teramat sangat di akhir 2 bulan kehamilan. Sehinggakan terlintas dipikiran adakah Zie mengindap apa2 penyakit... Nauzubillah... mintak dijauhkan. Sampaikan Zie risau sangat di saat nak bersalin nanti macam mana kalau dalam masa yang sama Zie sakit kepala dan jugak sakit nak melahirkan. Alhamdulilah bila tiba masa untuk melahirkan Amalia automatik sakit kepala Zie terus hilang. Rupa2nya Zie sakit kepala disebabkan pembawakan budak orang tua kata. Memangg taknak dah sakit kepala macam tu, sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu.
Sekali pikir lucu pun ada sebab selepas diinduce nurse pesan sejam pertama Zie tak boleh bangun... kena baring je, itu yang sampai Zie tak pergi kencing. Betul bendulll... Alhamdulillah Zie boleh bersalin secara normal, masa tu Zie memang dah rasa sakit sangat... rasa nak meneran di wad tu jugak. Cepat2 Zie dibawa ke labour room. Sampai aje di labour room nurse tak sempat nak pakai sarung tangan pun, Amalia dah nak keluar... hubby pun tak sempat masuk lagi masa tu. Tak sampai beberapa minit di labour room Amalia dah keluar sampaikan nurse yang bertugas (namanya Azila) cakap "senangnya akak ni bersalin, kalau macam ni boleh la bersalin 10 orang anak lagi" katanya. Dalam hati Zie "ye la tu nak beranak 10 orang, walaupun sakit kejap tetapi sakitnya hanya Tuhan aje yang tahu". Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Anak ramai meriah sikit.
Kini Amalia dan Aqil menjadi penyeri keluarga... Sempena besday Amalia kali ini Zie buatkan kek Barbie untuknya... Amalia hepi sangat dapat kek Barbie. Walaupun mamanya ni tak pernah buat tetapi demi Amalia, Zie cuba jugak... yang penting Amalia hepi di hari lahirnya. Kami celebrate anak-beranak je... majlis makan2 akan diadakan weekend nanti.
HAPPY BIRTHDAY NOR AMALIA MARSYA MOHD. AZUL semoga anak mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat, menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat. Mama, papa dan abang Aqil love you...
HAPPY BIRTHDAY NOR AMALIA MARSYA MOHD. AZUL semoga anak mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sentiasa sihat, menjadi anak yang soleh dan bahagia di dunia dan akhirat. Mama, papa dan abang Aqil love you...
No comments:
Post a Comment