23 February 2012

Apa nak buat balik Malaysia nanti yer???

Sebelum balik Malaysia ni, dalam pikiran Zie macam2 perkara terlintas nak dibuat, tetapi tak tahu lah mana satu yang menjadi kenyataannya. Salah satunya Zie bercadang nak mengikuti kelas di Chef Asma Culinary. Selepas jumpa blog ni http://www.chefasma.blogspot.com. dalam blog Kak Azlita Aziz, Zie terus rasa berminat dan teruja nak belajar di sini. Niat dihati kalau dah terro masak2... boleh la buat bisnes dari rumah atau kalau ada rezeki dan modal boleh lah bukak kedai. Berangan je la dulu... mana tahu one day menjadi kenyataan.




Kalau tak dapat keje memang Zie bercadang nak buat bisnes... tetapi tak tahu lagi nak buat bisnes apa. Semoga Zie dimurahkan segala rezeki, bukan sahaja rezeki wang ringgit tetapi rezeki kesihatan dan kehidupan yang membahagiakan.

No comments:

Post a Comment